Tuesday 31 January 2012

CERITERA CINTA BUDAK TEMBAM



“Assalamualaikum…”


Seorang budak tembam yang cute lagi comel melangkah ke dalam kelas 4 Beta. Budak baru yang mendaftar ke Sekolah Menengah Sains Kuching. Azzalea Syafiqah. Aku lah tu. Disebabkan aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR, aku ditawarkan ke sekolah sains ni. Nervous la jugak, maklumlah, bagi aku mesti budak2 kat sekolah ni bijak2 dan pandai belaka kan…tambahan pulak,aku tak pernah duduk asrama ni…nak cuci baju sendiri,sidai sendiri,lipat sendiri,iron lagi…


Riuh jugak kelas ni menyambut kehadiran 6 orang pelajar baru. Tapi adalah sorang budak ni aku tengok diam je. Nama dia ni Asraf. Cute sungguh. Hidung dia..mak aii…mancung giler…aku selalu perhati dia ni…maklumlah…dia duduk betul2 kat belakang aku. Kawan sebelah dia pulak si Wan Nazhif,pun hensem jugak…tapi mulut dia…bising je 24 jam. Nazhif selalu cakap Asraf ni lurus bendul. Aku kesian jugak dengan Asraf tapi memang kenyataan pun. Asraf memang lurus bendul. Tapi sebab tu jugak aku suka dia. Nazhif perasan kot aku selalu usha Asraf, so…sejak tu, Nazhif selalu kaitkan nama aku dengan si Asraf tu. Dijadikan cerita,almaklumlah..sekolah asrama, orang sikit je…gossip antara aku dengan Asraf pun tersebar. Aku malu sangat. Maklumlah, dia tu hensem lagi popular, aku pulak budak baru yang tembam atau dalam bahasa lain budak gemuk. Aku tahu, Asraf ni banyak peminat. Mesti ramai peminat dia yang tak suka aku. Tapi Asraf tak jugak cakap apa. Dia senyum je kalau orang kaitkan aku dengan dia. Jadi, aku pun buat don no je.


Salah seorang budak baru jugak dalam kelas 4 Beta,Syarifah Nurfaizah. Dia ni kawan baik aku. Kami berdua rapat sangat. Pergi kelas sama2, balik kelas sama2, kat mana ada aku kat situ la ada dia. Bak kata orang, macam belangkas. Sampai lah kami dicop kembar. Tapi dia tak macam aku. Dia ni serba serbi cantik, mata cantik, hidung cantik,hati cantik dan yang paling penting dia kurus. Dia popular sangat. Tapi dia tak kisah pun berkawan dengan aku. Sebab tu aku sayang sangat kat dia. Aku pun rapat dengan family dia. Mama dia ni cikgu. Abah dia dah tak de. Tapi tak ramai orang yang tau sebab dia tak pernah tunjukkan dekat orang kesedihan dia. Izah ni suka dengan Nazhif. Tapi yang best tu, Nazhif pun suka dengan Izah. Masalah nya dua2 tak nak ngaku. Ah sudah, dua2 sama cantik sama padan, suka sama suka tapi dua2 tak nak ngaku. Lain lah macam aku, tak sama padan, bertepuk sebelah tangan pulak tu.


Dalam kelas, disebabkan aku, Faizah , Nazhif dan Asraf duduk dekat, kami selalu jadi 1 group. Hmmm…makin menjadi lah gosip2 liar tu…Aku buat x kisah je. Tapi ada jugak orang cakap si Asraf tu suka kat aku. Entah ye ke tidak. Aku memang tak boleh percaya. Maklumlah,aku ni sedar diri,budak gemok lah katakan. Orang cakap apa pun aku senyum je. Bahagia jugak dengar orang cakap dia suka aku. Hehe..sempat jugak aku berangan.

Aku selalu cari alasan untuk bercakap dengan si Asraf. Asyik toleh belakang je tengok dia. Nasib baik tengkuk aku tak terkehel. Gatai sungguh aku ni. Kalau mak aku tahu anak dara dia ni gatal macam ni, aku rasa time tu jugak aku kena pindah balik kat sekolah kat kampong. Sorry ye mak, Iqah tengok je…hehe..=)


Yea!!!selepas sebulan tak balik rumah akhirnya minggu ni Ustazah Siti bagi kami semua balik rumah.Dapat lah aku jumpa mak aku kat kampong tu. Mak I miss you. Rindu kat masakan mak. Tapi, on the way nak pergi asrama, si Izah pulak tertinggal barang kat kelas. Aku yang cute ni malas nak patah balik.So, aku tunggu Izah kat tangga. Tengah dok ralit kira semut kat tangga tu, aku terdengar bunyi tapak kaki, aku ingat Izah. Tup2…sekali aku toleh,Asraf rupanya. ‘Aik, budak ni tak balik lagi ke?’Adrenalin aku memang melonjak tinggi time tu. Control2..Dia berdiri kat depan aku. Biar betul ni. Selalu bukan main lagi pemalu. Aku rasa Asraf ni berani tegur aku bila tak de orang je. Mesti dia malu kan nak cakap dengan  aku bila depan orang. Mesti jatuh saham dia nanti. Orang hensem lah katakan.


“Kau buat ape kat cini?tunggu aku ke?jomlah…”

Aku terdiam kejab.Tak percaya sungguh. Asraf ke ni?
      
“Eh…perasan lah kau. Aku tunggu Izah ambik barang kat kelas. Kau tak balik lagi ke?Nenek kau mesti tengah tunggu tu..balik lah..”

“La…tak nak balik dengan aku ke? Sedih nye..huhu…k la…aku balik dulu ehh…”

Aku buat derk je sambil tengok dia jalan. Tiba2 dia toleh. -“jangan lupa call nanti.”


“call sapa?” Tanya aku tapi dia senyum je pas tu terus blah.

Tengah aku memerah otak fikir sapa yang nak di call nanti tu. Izah pun datang.


“kenape ni?muka blurr je…”Tanya Izah.

‘cakap ke tak eh?tak yah lah.bukan ada pa2 pun.’


“haa…tak de pa2 lh…tunggu awak lama sangat la ni…”


“ceh…ingatkan apa…tak de lah lama sangat…10 minit je pun.”

Dan aku hanya tersenyum. ‘terima kasih untuk 10 minit tu Izah. Dapat jugak jumpa Asraf kejab. Hehe….’

        
         Sampai kat rumah.Ingat Asraf lagi. Aku rindu dia ke? Eh…tak lah. Tak kan? Dia suruh aku call sapa ahh? Call dia ke? Tak kan lah kot. Patut nya dia lah call aku. Aku kan perempuan. Lagi pun macam mana nak call dia. Nombor fon dia pun aku tak de. Fuhh..frust nye aku..

         
         Kat kelas pulak. Aku tak puas hati hal call tu. Aku toleh belakang.Nak serang si Asraf ni.


“Minggu lepas kau suruh aku call sapa?”


“call aku la..”selamba je dia jawab macam tu.


“kenapa pulak aku nak kena call kau?”


“sebab aku tak de nombor kau.”


“kau ingat aku ada nombor kau ke?aku pun tak de lah nombor kau.”


“oh..tak de ehhh?cari lah..”


“ceh..awat aku pulak nk carik nombor kau?kau lah carik nombor aku…ngeng…”


“malas ahh aku.”

Aku rasa nak tumbuk je dia masa dia cakap macam tu.Brutal sungguh anak dara Pak cik Lee ni kan.


“Kalau malas sudah. Tak payah nak call.Huh!”


Aku pun malas nak layan dia dah. Lebih baik masa free ni aku rehatkan mata aku. Tapi, tutup je mata, aku nampak si Asraf. So, aku pun batalkan plan. ‘Buat ulang kaji je lah. Next year SPM.’


        Entah macam mana aku boleh dapat nombor fon Asraf. Mula2, aku tak nak call dia. Konon nak tunggu dia call dulu. Tapi, tangan aku yang gatal ni tak nak dengar cakap. Dia tekan jugak nombor Asraf. Sejak tu, setiap kali minggu balik bermalam, mesti kitorang calling2,kalau tak calling2,sms. Tapi, setiap kali tu mesti aku yang mula dulu. Lepas tu, aku tak buat lagi dah. Aku rasa macam perigi cari timba je. Hidung tak mancung, pipi tersorong2. Aku pun rasa hubungan kitorang makin renggang. Aku rasa macam dia mengelak dari aku pun ada jugak.


        Satu hari tu, masa kelas sivik. Cikgu bawak kelas pergi bilik computer. Cikgu suruh 2 orang share 1 komputer. Sekelas macam berpakat je suruh aku share dengan si Asraf tu. Aku malas nak cakap banyak jadi aku pun on je. Si Asraf ni pun bukak facebook dia. Aku tengok je sebab masa tu aku tak de facebook lagi. Tiba2 aku teringatkan kawan baik aku masa kat sekolah lama dulu. Andrew Ngui.So, aku suruh lah Asraf ni melawat sat kat wall si Ngui ni.


“Boyfriend kau ke?”

Aku yang malas nak cakap apa2 pun senyum je. ‘biarlah dia nak fikir apa pun.’


“Hensem jugak boyfriend kau ni.”


“aku tunjuk someone dengan kau ehh.”


Atieqah Zulkarnain.Nama yang tidak akan ku lupakan sampai bila2. Aku rasa macam takut nak dengar apa yang dia nak cakap. Tapi aku buat muka cool je.


“Aku suka dia ni sejak sekolah rendah lagi. Tapi aku tak cakap dengan  dia. Aku cakap bila aku dah masuk sekolah ni. Tapi masa tu dia dah ada boyfriend. Boyfriend dia pun kawan aku jugak. Aku dah terlambat. Dia dah jadi milik orang. Tapi, aku tetap tunggu dia.”


Rasa macam hati aku jadi batu time tu.

“Kenapa tak cari orang lain?”

“ sebab dalam hati aku ada dia.”


“ Tu lah kau, tak romantic. Tu yang dia tak nak kat kau. Nak aku ajar kau jadi romantic tak?”kata ku cuba untuk menceriakan keadaan. Menenangkan hati aku yang bergelora.


“ Sapa cakap aku tak romantic? Aku je tak nak show dengan orang…hanya isteri aku nanti yang tahu betapa bertuahnya dia dapat aku tau..”

Alangkah bertuah nya kalau aku dapat hati kau Asraf. Cukup pakej hensem, baik, setia pulak tu.


        Gosip antara aku dengan Asraf memang tak pernah reda. Ada2 je mulut yang cakap kat aku yang Asraf suka aku. Diaorang cakap cara asraf layan aku tak sama macam dia layan perempuan lain. Asraf ni memang pemalu sikit dengan perempuan lain. Tapi aku rasa tu sebab aku yang selalu tegur dia dulu. Lepas tu, Asraf ni memang tak pernah belanja perempuan lain. Tapi aku pernah. Tapi bukan selalu pun. Asraf ni kedekut sikit. Hahaha… sebenarnya, Asraf ni jenis yang tak suka susahkan mak bapak dia. Kalau dia nak sesuatu, dia akan  kumpul duit sendiri. Ikat perut pun dia sanggup. Sebab tu dia berkira sangat dengan duit dia. Bertuahkan sapa dapat dia. Sayang orang tu bukan aku.


        Majlis Apresiasi sekolah. Malam tu aku pakai jubah warna hitam bunga merah. Tudung pun warna merah. Senior aku solekkan aku malam tu. Sebelum ni aku tak pernah pakai make up. Sebab aku memang tak pandai. Tapi tak lah tebal sangat. Maklumlah kat sekolah lagi. Kang nanti kena kejar pulak dengan Ustazah Siti. Tapi kan..aku cute sangat malam tu…eceh..puji diri pulak aku ni..


        Sampai je kat  dalam dewan, ramai jugak yang puji aku cute. Kan betul aku cakap, cute…Tapi, orang pertama yang aku cari, tak lain tak bukan, Asraf lah. Malam tu, dia pakai baju melayu warna hijau. Macam biasa,hensem selalu. Aku teringin sangat nak bergambar dengan dia. Aku pun mintak tolong Fida, aku tak bawak kamera aku time tu..pinjam je lah kamera fida. Malu memang malu tapi mahu. Fida tarik tangan aku dan bawak aku jumpa Asraf. Fida cakap dengan Asraf yang aku nak bergambar dengan dia. Masa tu dia tengah makan. Tapi dia cakap ok je. So, aku dengan happy + malu pergi kt belakang kerusi dia. Tengah aku posing cute tu, dia suruh aku tunduk sikit.


“tunduk lah cikit.Kau bukak mulut cikit, macam aku nak suap kau la…”


“haa…kau biar betol.”

Fida senyum je tengok kami berdua.


“Alea..ikut je la apa Asraf cakap tu.Cepat la.”

Dah 2 lawan 1. Aku pun ikut je.


Aku perasan banyak suara2 asing masa kami posing tu..tapi aku buat derk je…

Malam tu, kitorang duduk sama2. Sekelas k…bukan berdua. Tapi aku sebelah dia lah..dengan sebuah kerusi  kosong antara kami.Duduk renggang renggang... jangan pegang pegang… melalut pulak aku ni. Aku tengok dia ni tak berhenti makan.kejab ayam,kejab kek,ice-krim pulak…macam best la pulak..


“ Asraf…nak ice-cream ckit…”kataku sambil buat muka seposen.


“kenapa tak ambik sendiri?ke nak aku tolong ambik?”


“tak yah ahh..aku nk rasa ckit je…”


Asraf pun menyudu sedikit ais krim lalu menyuakan kepada aku. Dia nak suap aku ke ni? Giler ke ape budak ni? Aku ambik sudu tu lalu menikmati ais krim tu… pas tu bagi balik kat dia. Kami share sudu yang sama la. Ya Allah, apa aku dah buat ni?

Masa form 5 pulak aku dapat masok Alfa. Asraf ,Izah dan Nazhif masih kat kelas Beta. Aku je  terkeluar dari group tu…Sedih jugak.Cemburu pun ada bila Izah cerita perkara2 yang berlaku kat kelas. Tambahan pulak Asraf jadi ketua kelas dan penolong ketua kelas pulak my gorgeous best friend Izah. Hubungan aku dan Asraf masa tu pun dah tak serapat dulu.

 Aku rasa tensyen sangat masa mula2 masuk kelas alfa. Maklumlah, semua budak pandai kat dalam kelas ni. Dah lah aku tak rapat sangat dengan budak2 kelas ni. Beberapa orang je yang rapat dengan aku. Ada jugak budak kelas ni yang aku tak kenal langsung. Aku rasa terhina sangat bila ada beberapa budak kelas tu pertikaikan macam mana aku boleh masuk kelas tu. Macam aku tak layak langsung nak masuk kelas tu.


        Aku tak tau masa tu nak buat apa. Rasa rendah diri sangat. Entah macam mana aku call Asraf.Lepas beberapa bulan kitorang tak bercakap. Dah tu boleh pulak aku nangis2 masa tu. Sejarah tercipta sungguh. Tak pernah2 aku menangis depan laki. Nasib baik dalam fon je. Lepas aku mengadu domba dengan si Asraf ni. Lama jugak dia pujuk dan bagi motivasi kat aku. Macam Dr Fadzilah Kamsah pulak dia malam ni. Lepas tu, entah macam mana pulak aku boleh terluah perasaan dengan dia.


“Asraf, kau nak tahu satu perkara tak?”


“Aik, dah ok terus nak bercerita pulak? Haa..apa dia?”


“ Last year kan, aku pernah suka kat kau.”Aisehh..lancar pulak mulut aku sebut tu…tapi kenapa ada perkataan ‘pernah’? aku rasa sampai sekarang pun sama jugak.


“ Owh…tu..aku tahu dah..”


“Haaaa! Macam mana kau tahu pulak?”


“Aku tahu lah..”


Masa tu,aku malu sangat.perempuan mana yang tak malu kan. So,aku pun ubah topic perbualan kami.


“So, sekarang macam mana dengan Atieqah tu?”


“aku dah tak kejar dia lagi. Aku nak focus dengan SPM.”rugi nya perempuan tu, kalau kau suka aku mesti aku tak kan sia2 kan kau asraf.


“tak percayalah aku..mesti kau dah berubah hati kat budak lain kan.” Cakap lah kau suka aku…..


“ Kalau aku cakap, kau jangan bagitau orang lain ehh..”


“ok..”hati aku memang berdebar sangat time tu.


“Aku suka dengan sorang budak perempuan form 1.” Ya Allah! Tu lah aku,kenapa mulut celupar sangat pergi tanya dia.


“ Siapa? Kelas mana?”


“ Kenapa nak tahu? Kau nak buat apa?”


Kenapa?kau ingat aku nak kerjakan dia ke? Memang pun. Eh, tak lah.Aku tak kan kerjakan anak orang lah. Aku kan baik.


“saja je lah. Boleh aku kenal dengan dia. Tolong kau pikat dia.”


“tak yah lah. Sekarang aku nak focus dengan SPM.”


“oklah,aku nak tidur ni. Terima kasih lah sebab sudi dengar masalah aku dan tenangkan aku.”


“tak pe..kita kan kawan.”


        Sejak tu,aku jumpa Asraf, aku buat macam tak de benda jadi. Sejak tu jugak, aku jadi macam tak malu dengan si Asraf ni. Aku pun pelik jugak. Tapi tu lah kenyataan. Aku selalu je usik dia ni. Dia pula akan malu2. Terbalik pulak. Patut nya aku yang malu. Setiap acara kat sekolah mesti ada gambar kami berdua. Aku lah yang mintak nak bergambar dengan dia. Nak harap dia yang ajak,hmm..kempunan agaknya aku.


        Dekat kelas 5 Alfa pulak, aku rapat dengan sorang budak laki ni. Ketua pelajar sekolah. Nama dia Muhd Fakhrur. Dia selalu minta aku temankan dia pergi mana2, gi pejabat guru lah, gi library lah, gi bilik kaunseling lah,tapi aku ikut je. Dia selalu ajak aku buat study group. Maklumlah, SPM kan dah dekat. Jadi, untuk elakkan kata2 sumbang, aku selalu ajak Izah sekali. Dipendekkan cerita, sejak tu jugak izah dengan fakhrur jadi makin rapat. Kadang2, masa hujung minggu(minggu balik bermalam) pun diorang buat study group. Disebabkan rumah aku agak jauh, aku tak dapat join diorang. Kat sekolah pun, diorang buat study group kadang2 tak ajak aku. Aku terima je sebab aku selalu ada kelas untuk subjek tambahan-prinsip perakaunan. Tapi, sejak tu aku dengan Fakhrur jadi makin renggang. Asal jumpa aku je,hal yang keluar dari mulut dia,Izah ini lah, Izah itu lah, Izah buat ini la, Izah cakap itu la…aku perasan yang si fahkrur ni dah jatuh hati dengan Izah. Kalau jumpa aku pun,setakat nak cakap kirim salam dengan Izah k…Pesan dengan Izah blablabla…Kami pun dah jarang SMS atau call lagi,dia hanya contact aku kalau Izah tak reply SMS dia atau Izah tak answer call dia.


        Masa tu aku rasa terhina sangat, kawan dengan aku sebab nak rapat dengan Izah je ke? Aku sedar la yang aku ni gemuk. Tapi, tak perlu lh buat aku macam ni, aku pun ada perasaan jugak. Aku tak mintak lebih pun. Kawan dengan aku dengan ikhlas boleh tak? Aku mula keras hati terhadap mana2 lelaki. Aku cuba buang Asraf dari hati aku. Aku tahan hati aku dari jatuh hati dengan siapa pun. Bagi aku,aku tak layak untuk siapa pun… tak layak jadi seorang kawan dan tidak layak jadi pasangan untuk mana-mana lelaki.


Hari persekolahan tu berlalu macam biasa je sampai SPM. Lepas paper BIO SPM aku jumpa Asraf dan bagi dia coklat. Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu. Aku pun tak tahu jugak apa perasaan aku pada dia masa tu. Aku pelajar Prinsip Akaun dan dia pulak pelajar EST. So lepas ni kitorang tak kan jumpa lagi. Sebelum semua pelajar balik, aku mintak tolong Amirah bagi gambar aku dengan Asraf masa majlis Aspresiasi tahun lepas,gambar dia suap aku. Aku suruh Mirah bagi lepas paper EST nanti. Aku tak nak bagi sendiri sebab aku takut dia koyakkan pulak gambar tu depan aku. Tapi, Mirah cakap Asraf senyum je masa tu,tak de pulak dia buang. Aku betul2 nak tahu apa Asraf fikir tentang aku. Apa perasaan dia terhadap aku, Dia tak  pernah suka aku langsung sedikit pun ke? Jadi, aku luahkan segala2nya dekat tumblr aku. Kusyafiqah.tumblr.com. Lepas tu, aku suruh Asraf baca hasil kerja aku kat situ,aku cakap kat dia yang aku nak hantar hasil kerja aku untuk satu pertandingan. Aku suruh dia bagi komen.


Tapi,lepas tu..Asraf diamkan diri je. Aku anggap tu jawapan dari dia. Dia memang tak pernah suka aku langsung. Masa result SPM keluar, aku dapat 10 A. Alhamdulillah,aku syukur sangat. Walau cinta aku tak berjaya,sekurang2nya, aku berjaya dalam pelajaran. Lepas tu,aku terus balik rumah. Aku tak sanggup nak berlama2 kat situ. Aku tak nak jumpa Asraf dan Fakhrur. Aku dapat tawaran belajar kat oversea. Aku memang nak pergi. Aku nak pergi jauh dari situ.Tapi malangnya pulak Ayah tak izinkan. Dia tak nak satu-satunya anak perempuan dia belajar sorang diri kat oversea. Tanpa disangka, aku dipinang oleh seseorang. Mak dan ayah cakap diorang tu orang Johor. Anak lelaki dia nak belajar kat oversea jugak nanti tapi mak ayah dia takut anak dia tersangkut dengan anak mat saleh sebab tu mak ayah dia kawenkan dia sebelum pergi sana. Mesti mak ayah dia paksa dia kahwin dengan aku kan. Tak kan dia nak kahwin dengan perempuan tembam macam aku ni tapi aku anggap tu satu peluang untuk aku pergi oversea jadi aku pun terima pinangan tu. Kami akan dinikahkan dua minggu sebelum pergi oversea. Majlis persandingan pulak lepas habis belajar nanti. Aku yang mintak macam tu. Kalau boleh masa bersanding nanti aku dan dia dah saling kenal antara satu sama lain dan InsyaAllah salin menyayangi. Aku jugak nak lupakan segala-segalanya tentang Asraf. Aku nak diet sebelum majlis persandingan tu. Hehe..Aku memang tak tahu apa2 pasal budak tu. Nama pun aku tak tahu. Aku yang tak nak ambik tahu.  Aku cuma jemput kawan rapat aku Izah untuk majlis akad nikah aku.


Sampai hari akad tu, aku berdebar-debar sangat. Macam tak caya je, aku kawen muda sangat. Aku ingat budak cute lagi tembam macam aku ni tak kan kahwin sebab tak de orang nak. Walaupun majlis akad je. Meriah jugak. Maklumlah,antara banyak2 sepupu aku tu, aku yang first kahwin. Jadi sampai ke sudah lah aku tak jumpa suami aku tu. Erk..suami? pelik betul bunyi.


Malam tu aku memang tak senang duduk, aku tak masuk dalam bilik aku langsung.Bilik pengantin tu sebab aku tau ada orang dalam tu. Aku malu. Aku takut. Aku segan. Aku semuanya lah. Jadi aku melepak je dalam bilik tetamu denga Izah. Izah pulak tak habis2 usik aku. Dia halau aku dari bilik tu tapi aku buat derk je. Aku tak peduli,aku nak tidur dengan Izah. Sampailah Izah jerit panggil mak aku, mak aku pulak dengan brutal nya tarik aku ke bilik penganti tu. Malu tak yah cakap. Semua orang mengusik aku. Nasib baik lah aku tak nampak sapa2 kat dalam bilik tu. Aku rasa dia pun malu jugak kot. Mesti dia tidur kat rumah pihak lelaki dengan family dia. Bagus jugak macam tu. Aman dunia aku. Baru aku nak bukak tudung. Tiba2 pintu bilik aku terbuka. Asraf!


“Asraf! kau buat apa kat sini?”

Tapi Asraf buat tak tahu je. Dia kunci pintu tu dari dalam dan berdiri kat depan aku. ‘Dia ni giler ke?’


“Asraf…keluarlah. Kau tak boleh masuk bilik aku. Aku dah jadi isteri orang.”


“Aku datang ni nak bagi kau hadiah sempena perkahwinan kau ni.”


“Kalau ye pun tak yah lah nak masuk bilik ni. Dah lah kita dua je. Apa pulak kata orang nanti?Keluarlah..”aku dah rasa nak nangis masa tu. Atau lebih tepat,aku dah start nangis pun masa tu.


“hei..kenapa nangis pulak ni? K..kalau kau tak nak,nanti aku keluar tapi sebelum tu ambik lah hadiah kau dulu.”


Asraf menghulurkan kedua2 belah tangan kepada aku tapi tak de pulak apa2 kat tangan dia. Aku tengok dia dengan muka aku yang basah dek air mata.


“aku bagi aku sendiri sebagai hadiah untuk kau.”


Masa tu aku memang dah menangis betul. Kan bagus kalau benda ni jadi sebelum aku kahwin. Pas tu,tanpa disangka Asraf peluk aku. Aku memang tak dapat nak lepas kan diri sebab pelukkan dia memang kuat.


“ Sorry lah sebab buat kau nangis, kau dengar apa aku nak cakap ni betul2. Aku mintak maaf sangat buat kau macam ni. Aku tak bagi jawapan kat kau lepas baca tumblr kau dulu sebab aku nak buktikan yang aku memang layak untuk kau. Aku nak buktikan yang aku setaraf dengan kau.Sebenarnya aku memang dah lama jatuh hati dengan sikap kau yang comel sangat tu. Azzalea Syafiqah yang tak pernah putus asa. Azzalea Syafiqah yang selalu curi tengok aku. Azzalea Syafiqah yang ambik berat dengan aku. Azzalea Syafiqah yang nangis kat aku. Azzalea Syafiqah yang sudi tolong aku pikat perempuan lain. Azzalea Syafiqah yang setia dengan aku. Aku suka segala-galanya tentang kau. Aku nak bagitau kau semua ni lepas dapat result SPM ari tu tapi kau dah balik. Aku dapat tahu yang kau pun dapat tawaran ke oversea. Aku tak sanggup kehilangan kau sebab tu aku suruh mak ayah aku pinang kau. Lepas ni aku nak setiap langkah ke arah kejayaan aku mesti ada kau di sisi aku. Aku tak kan lepaskan kau lagi. Aku nak segala-galanya yang ada pada Azzalea Syafiqah adalah milik mutlak aku.”


        Aku tak mampu nak cakap apa lagi. Akhirnya, aku dapat jawapan daripada Asraf. Dan bukan setakat tu je, aku dapat Asraf sekali. Aku pun tak kan lepaskan kau pada sapa2 lagi Asraf. ^_^`




karya,
Azyli Syafiqah
SM Sains Kuching
persahabatan melalui muka buku