Thursday 7 June 2012

10 Nasihat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna Rahimahullah



1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Aku Yang Kehilangan


Kehilangan sesuatu membuatkan kita tak keruan. Itu normal. Lagi-lagi jika yang kita hilang itu adalah sesuatu yang sangat kita sayang. Masa kecil, kalau hilang pensel atau pemadam dan sebagainya, mesti menangis. Kalau tak menangis pun, mungkin bergenang air mata. Nak menangis takut, sebab nanti kena cubit dengan mak.

Semakin kita besar, semakin kita mampu menahan air mata daripada mengalir, dibazirkan untuk perkara-perkara remeh sebegitu. Kenapa? Kerana kita lebih matang. Kerana ada banyak lagi perkara lebih besar untuk kita tangisi. Tangisan itu disimpan untuk mengalir ketika dapat keputusan peperiksaan yang teruk mahupun ditinggalkan kekasih hati (Perlu ke?).

Sahabat-sahabat, simpanlah tangisan itu semasa kita bermunajat kepadaNya, bertahajud mengadapNya dalam dingin sepertiga malam. Jadikanlah air mata itu sebagai saksi kepada amalan kita dan dapat menyimbah api neraka yang akan membakar tubuh-tubuh yang berdosa ini. Ampunilah dosa kami dan jauhilah kami daripada azab nerakaMu.

Kematian sinonim dengan kehilangan. Kehilangan orang yang kita sayangi selama-lamanya. Tapi ingatlah, kematian itu bukanlah untuk ditangisi, tapi untuk kita muhasabah diri. Dia sudah selesai kontrak hidup di dunia. Kita bila lagi? Tak tentu. Mungkin esok. Mungkin beberapa saat lagi.

Tapi kita sering lupa tentang kehilangan sesuatu yang sangat berharga iaitu masa yang sudah berlalu. Kehilangan ini perlu kita ambil perhatian sebelum masa untuk kita di dunia habis tamat tempohnya. Adakah masa lalu kita digunakan untuk mencari bekalan kita di akhirat? Atau dibazirkan untuk perkara dunia semata-mata?



Yang pastinya, kematian tidak akan menunggu kita walau sedetik.

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal) yang ditetapkan; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya. [Al-A’raf. 7:34]

Monday 4 June 2012

beberapa teknik - Hilal Asyraf


Ada beberapa teknik untuk membuatkan kita yang salah ini, akan nampak macam betul.

1 - Bila mangsa kezaliman kita itu hendak menuntut keadilan, bertegas dalam hendak meuntut keadilan, kita pun cakap: "Bukankah Islam ajar untuk bersabar?", "Bukankah Islam ajar untuk memaafkan?" Maka nampaklah mangsa kita itu seperti tidak sabar, tidak ikut ajaran Islam yang sebenar. Sedangkan, kita dah zalim pada dia bertimbun-timbun. Nampak macam kita ini Islamik sedikit, maka orang akan simpati.

2 - Bila mangsa kezaliman kita itu mula mendedahkan kezaliman/pembohongan kita, kita pun kata: "Mengucap banyak-banyak. Tak baik tuduh-tuduh macam itu." Maka akan kelihatanlah mangsa kita itu seperti orang yang suka menuduh. Sedangkan, kita memang buat. Jadilah kita ini yang nampak macam mangsa, dan mangsa kita nampak macam pemangsa.

3 - Bila mangsa kezaliman kita semakin hampir hendak membuatkan pekung di dada kita terbuka, kita pun kata: "Marilah kita berlapang dada, bertolak ansur. Bersepakat dalam apa yang kita setuju, dan berlapang dada dalam apa yang kita berbeza." Maka nampaklah macam mangsa kita itu orangnya tidak lapang dada dan tidak mahu bertolak ansur. Kita akan kelihatan seperti rendah diri, sentiasa mahukan perdamaian dan sebagainya. Sedangkan, kita yang buat jahat pada dia.

4 - Bila mangsa kezaliman kita mula mendedahkan kejahatan kita, kita pun kata: "Sila jumpa privately, directly, untuk mendapat kebenarannya. Tak perlu cerita-cerita." Sedangkan, kita tipu, manipulasi fakta, public-public. Dengan berkata begitu, kita memainkan sentimen kesopanan, agar orang yang lihat akan nampak mangsa kita itu kurang ajar. Yang sebenarnya kurang ajar, kita.

Bijak kan?
"Jadi 'orang baik' dalam pertelingkahan itu, maka kalau kita salah pun, kita akan nampak macam betul. Kita akan nampak macam mangsa, orang ramai akan kesian dengan kita. Dan yang tuntut keadilan akan jadi macam pemangsa, dan orang ramai akan benci mereka."

Ramai orang pakai taktik ni.
Licik kan? Huhu.
-----------------------------------
Maka pesan saya kepada anda ada beberapa:

1 - Jangan mudah tertipu.
2 - Jangan goyah.
3 - Jangan jadi macam itu.

Saturday 2 June 2012

Encik Jodoh bin Takdir


Surat Tidak Rasmi Untuk Awak.
                                                               ENCIK JODOH BIN TAKDIR
                                                                 No:26, Jalan Hati-hati,
                                                                     Taman Kembang Kuncup,
                                                              Negara Temu Jodoh.

                                                 17 Julai 2011.

Salam awak,

        Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya taktahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.

        Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya taktahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang bisa merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?

        Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini.Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.

        Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.

        Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.

        Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.


                                                  Yang benar,

                Tulang rusuk awak sebelah lagi.