Monday 4 June 2012

beberapa teknik - Hilal Asyraf


Ada beberapa teknik untuk membuatkan kita yang salah ini, akan nampak macam betul.

1 - Bila mangsa kezaliman kita itu hendak menuntut keadilan, bertegas dalam hendak meuntut keadilan, kita pun cakap: "Bukankah Islam ajar untuk bersabar?", "Bukankah Islam ajar untuk memaafkan?" Maka nampaklah mangsa kita itu seperti tidak sabar, tidak ikut ajaran Islam yang sebenar. Sedangkan, kita dah zalim pada dia bertimbun-timbun. Nampak macam kita ini Islamik sedikit, maka orang akan simpati.

2 - Bila mangsa kezaliman kita itu mula mendedahkan kezaliman/pembohongan kita, kita pun kata: "Mengucap banyak-banyak. Tak baik tuduh-tuduh macam itu." Maka akan kelihatanlah mangsa kita itu seperti orang yang suka menuduh. Sedangkan, kita memang buat. Jadilah kita ini yang nampak macam mangsa, dan mangsa kita nampak macam pemangsa.

3 - Bila mangsa kezaliman kita semakin hampir hendak membuatkan pekung di dada kita terbuka, kita pun kata: "Marilah kita berlapang dada, bertolak ansur. Bersepakat dalam apa yang kita setuju, dan berlapang dada dalam apa yang kita berbeza." Maka nampaklah macam mangsa kita itu orangnya tidak lapang dada dan tidak mahu bertolak ansur. Kita akan kelihatan seperti rendah diri, sentiasa mahukan perdamaian dan sebagainya. Sedangkan, kita yang buat jahat pada dia.

4 - Bila mangsa kezaliman kita mula mendedahkan kejahatan kita, kita pun kata: "Sila jumpa privately, directly, untuk mendapat kebenarannya. Tak perlu cerita-cerita." Sedangkan, kita tipu, manipulasi fakta, public-public. Dengan berkata begitu, kita memainkan sentimen kesopanan, agar orang yang lihat akan nampak mangsa kita itu kurang ajar. Yang sebenarnya kurang ajar, kita.

Bijak kan?
"Jadi 'orang baik' dalam pertelingkahan itu, maka kalau kita salah pun, kita akan nampak macam betul. Kita akan nampak macam mangsa, orang ramai akan kesian dengan kita. Dan yang tuntut keadilan akan jadi macam pemangsa, dan orang ramai akan benci mereka."

Ramai orang pakai taktik ni.
Licik kan? Huhu.
-----------------------------------
Maka pesan saya kepada anda ada beberapa:

1 - Jangan mudah tertipu.
2 - Jangan goyah.
3 - Jangan jadi macam itu.

No comments:

Post a Comment