Saturday 26 January 2013

Pasangan



FITRAH setiap dari manusia ingin hidup berPASANGAN


Naluri manusia ingin hidup berpasangan. Fitrah ini secara semulajadi Allah anugerahkan dalam diri setiap manusia. Tiada siapa boleh menafikan perasaan ini.




Mulut kata TAK, Hati kata MAHU


Dalam kehidupan seharian, setiap individu sedikit sebanyak akan terkesan dengan faktor persekitarannya. Persekitaran mampu ‘membentuk’ peribadi seseorang. Jika persekitarannya positif, ia akan membantu seseorang jadi lebih baik, begitu sebaliknya.



USAHA kemudian TAWAKAL


Setiap orang inginkan pasangannya dari kalangan orang yang baik. Jadi untuk dapatkan pasangan yang baik.
SYARATNYA:
1) DOA minta jodoh orang baik.
2) PERBAIKI diri jadi lebih baik.
3) BERKAWAN dengan kawan - kawan baik.
4) SENTIASA dalam persekitaran baik.
InsyaAllah NIAT ikhlas mencari cinta kerana Allah SWT dengan CARA mengikut syariat, kita akan BERJAYA temui pasangan yang SOLEH / SOLEHAH & HENSEM / CUN.


Thursday 24 January 2013

Kepada-Mu Ku Memohon





Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan diriku kepada-Mu. Keampunan-Mu ku pohon, andai ada selain-Mu yang lebih utama dalam hatiku.

...tiada yang kekal


CINTAkan bunga, bunga akan LAYU,
CINTAkan manusia, manusia akan MATI,
CINTAkan Allah, Allah KEKAL ABADI.

^_^


Saturday 5 January 2013

Sabar Itu Perlu Setiap Masa

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.