Friday 22 February 2013

Berbahagialah Dengan Konflik




Berbahagialah dengan apa saja konflik yang kita hadapi dan senyumlah dalam hati apabila bertemu dengan orang-orang yang berbagai sikap dan personaliti dan katakan di dalam hati, aku sedang diproses. Semoga kita jadi manusia hebat, Insya-Allah.

Tuesday 12 February 2013

H.A.T.I




Kadang-kadang kita pura-pura tak suka kat seseorang , tapi dalam pada masa yang sama kita tak boleh tengok dia dengan orang lain .

Sunday 10 February 2013

Andai Kematian Itu Memilih Aku


Adakah diri sudah bersedia? Adakah diri yang hina ini masih boleh tertawa sedangkan diri masih tercalit dosa-dosa yang banyak. Masihkah boleh tersenyum sedangkan masih banyak hutang dengan ALLAh Ta’ala?

Bolehkah diri memilih tarikh kematian? Sudah tentu tidak!




Kehidupan ibarat perjanjian kontrak. Di dalam perjanjian kontrak, di dalamnya pasti terdapat tarikh akhir kontrak. Begitu juga di dalam kehidupan, pada akhirnya apabila masa yang dijanjikan sampai, kita akan ditarik nyawa dan pergi menemui Allah.




Sunday 3 February 2013

cinta halal


Satu analogi untuk seseorang yang bersedia ke arah cinta halal atau yang sedang bercita-cita ke arah itu..

"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersebut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yang bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."

"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."