Wednesday 18 April 2012

Muhasabah Diri


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…
Mari kita muhasabah diri kita..
Sebelum itu, kosongkan fikiran..
Tenangkan hati..
Buang segala kekusutan dunia yang ada di dalam hati dan memori kita sebentar..
Tarik nafas..
Lepas..

Sempurnanya kita..
Segala perbuatan yang diarah dapat dibuat dengan sempurna..
Tapi bersyukurkah kita wahai hamba Allah ?..
Bersyukurkah kita ?..
Fikir-fikirkan..
Wahai hamba Allah…
Allah sentiasa bersama kita dimana sahaja kita berada.
Apa sahaja situasi kita. Tapi adakah kita ingat padaNya sentiasa ?












Betulkan ?
Allah sentiasa bersama kita..
Jika kita tengah sedih,
Allah pujuk kita : La Tahzan Innallaha Ma’ana
Ya Allah..
Baiknya Allah..
Tapi kenapa kita derhaka juga pada Nya ?
Kenapa ya ?
Kenapa ?

Kita ni memang pentingkan diri kan !

Bila ada masalah baru mengadu, padahal Allah dah tegur, jangan buat ini dan ini,
Tapi kita degil, bila ditimpa masalah, barulah nak mengadu pada Allah…
Mari kita muhasabah balik diri kita,
Minta ampun pada Allah sentiasa,
Jangan kita ego, kita fikir kita tiada dosa…
Kita ni manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..
Jadi mohonlah ampun pada-Nya..
Dialah YANG MAHA PENGAMPUN..

JANJI  ALLAH  ITU  PASTI…!!!


Tuesday 17 April 2012

bertabahlah.. Allah itu sentiasa di sisimu


Gilaplah logam yang ada dalam dirimu..
Andai punya karat-karat yang masih bersisa dan berbaki, yang menyelaputi hati..
Menyebabkan logammu malap..
Maka bersihkanlah karat-karat itu..
Hingga suatu ketika, logammu bersinar kembali.