Wednesday 31 October 2012

KADANG-KADANG


Pernah jumpa situasi ni?

“Ish bukannya dia nak senyum. Sombong giler lah! Nyampah gua! Arghhh! Tekanannn! ”

--- > Kita selalu mengharapkan orang senyum dekat kita dulu kan? Pastu tension sendiri. Kenapa kita mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu & meminta. Bukan ke tangan yang dekat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk.

--- > Kalau benar kita melakukan demi redha & cinta lahi, lepas senyum kene baling tomato dengan petola pun, kita tak kisah kot. Kot la, insyaAllah.

Let’s do it for the sake of Allah

Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.

Kadang-kadang manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang & malam, bagai suami & isteri, bagai guru & murid, bagai pensil & kertas, bagai nasi & lauk.

Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata je.

Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat & dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna & suci dari orang lain? Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang anda pakai, kopiah yang anda sarung, serban yang anda lilit, stokin stongan yang anda kenakan sampai orang lain anda pandang enteng. Sesekali jangan! Anda sebenarnya sedang diuji bila anda merasa bangga & selesa dengan keadaan itu. Hati-hati.

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka.

Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri lokek untuk memberikan sesuatu? Macam mana konsep tu?

Buanglah ego. Tak kemana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita balut jasad sendiri dengan kain kafan.  Bukan boleh kita mandikan diri sendiri. Bukan boleh kita gali & kambus lubang kubur kita nanti. Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego? Tak kemana. Buanglah ego tu..

Kadang-kadang manusia mahukan kegembiraan tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah manusia itu menambahkan kesedihan & kedukaan kepada orang lain.

Kadang-kadang manusia mahukan urusannya dipermudah tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi? Kalau Allah tarik? Betapa sombongnya..

Dan sememangnya manusia mahukan doanya & keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentingan-Nya tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah & Islam tidak memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah & Islam.  Allah tak nak kita terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih kepada-Nya. Kalau tak diuji nanti kita lalai & leka. Jangan sedih kalau kita diuji. Bersyukurlah & takutilah kalau diri kita tak diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillah..

Ibu ayah marah sebab apa? Sebab nak kita jadi anak yang baik, soleh, solehah. Macam tu jugak Allah. Cuma kasih sayang Allah tak terbatas. Kadang-kadang Dia tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka sikitpun. Surprise yang berhikmah. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kau kecapi..

Manusia adakalanya
kadang-kadang imannya di hulu sana
kadang-kadang imannya di hilir sini
Sebab tu kita sesame kita kena & mesti saling ingat mengingatkan.

Wednesday 24 October 2012

A K U


aku
mencari aku dalam dia
mencari makna yang tersembunyi
mencari damai dalam kalut
mencari dingin dalam api

ku tahu
dalam dia tiada aku
yang tersembunyi tidak terlihat
dalam kalut tiada damai
dalam api tiadanya dingin

bilakah...
kan ku jumpa aku?
yang tersembunyi kan terlihat?
yang kalut kan jadi damai?
yang panas akan kembali dingin?


Saturday 20 October 2012

Be yourself!


Hendak rasa senang hati tu rasa-rasanya macam susah aje. Macam payah saja, betul? Tapi  kadang-kadang tu, bila kita tengok sesetengah kawan macam senang saja nak menghappykan diri mereka. Macam mana  ya?


Be yourself. Jadilah diri anda. Ketawalah, senyumlah, buatlah apa-apa untuk menggembirakan anda, asalkan tidak melanggar syariat.

Ya, bila anda ketawa,bila lakukan apa pun kerja yang anda suka, secara automatik, anda akan membawa diri anda jauh ke alam kegembiraan, ketenangan dan anda sendiri yang akan mengawal diri anda.

Jangan biarkan diri anda dikuasai oleh faktor dan pengaruh dari luaran. Yang baik dan elok itu tak apa, tapi lazimnya manusia akan mudah tertarik dengan rangsangan faktor luaran yang boleh menjatuhkan mood mereka.

Jadi, kawallah diri anda. Tip ini rasa macam sukar, tapi bila anda sudah selalu amalkan anda akan rasakan ianya sudah menjadi sebahagian daripada hidup anda. Di mana-mana pun, kawallah diri anda. Be yourself. Jadilah anda sendiri!


Ketawalah, senyumlah. Anda sendiri yang berhak untuk mengubah cara dan gaya hidup anda.

Friday 19 October 2012

T E R K I L A N


Sedih
Terkilan
Entah

Kau memilih untuk menjauh sahabat
Sedangkan aku memilih untuk bertahan
Mungkin salahku
Mungkin bukan, mungkin.. tetapi benar

Menangis

People go
Memories stay
I'm speechless right now..


Making a million friend is not a miracle, the miracle is to make a friend, who will stand by you when millions are against you.

Thursday 18 October 2012

MENANGIS





Bila aku SEDIH , aku MENANGIS untuk lebih TENANG . .

Bila aku MARAH , aku MENANGIS untuk REDAKAN rasa itu . .

Bila aku TERASA HATI , aku MENANGIS supaya aku TAK buat DOSA dengan MENGATA & MENGUMPAT. .

Bila aku RASA BENCI , aku MENANGIS supaya aku BENCI akan PERBUATAN aku sendiri. .

Bila aku BUAT DOSA , aku MENANGIS kerana aku buat ALLAH SWT MURKA . .

Ya ALLAH , terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku . .

Engkau yang paling memahamiku , tiada yang lain . .

Terima kasih kerana beri nikmat 'MENANGIS' ini untuk hamba-Mu lebih dekat
dengan-Mu . .

~ A L H A M D U L I L L A H ~ YA A L L A H ~

Tuesday 9 October 2012

...bila sentap




Selalu sentap?

Ya, munkin anda hati tisu. Aku pun tak kurangnya. Aku cuba menidakkan rasa sentap itu. Kadang tak berjaya. Apa aku buat? Lemparkan kemarahan secara senyap. Bila aku marah mesti aku senyap. Bila senyap kita takkan maki orang, gunakan emosi lebih dahulu dari minda. Jadi aku control sakit hati dengan senyap.

Lepas tu aku marah balik dekat diri sendiri. Luahkan semua tak puas hati dan aku boleh senyum balik walaupun palsu semata-mata. Walaupun sentap, buat apa nak simpan dalam hati. Buat parah hati je. Maafkan seseorang itu adalah lebih baik. Tak adalah kita serabut je kan.

Jangan bersedih sebab sentap itu boleh dijadikan pendorong semangat. Percayalah! Kekecewaan dan sakit hati jika disalurkan ke arah yang betul ia menjadi kesan positif kepada diri kita.

----> memang aku Kaki Sentap, So kena lah terima diri aku seadanya…



Thursday 4 October 2012

Nilai Sebuah Kemaafan


Suatu ketika, pernah kah kita merasa seolah-olah ada sesuatu yang menganggu ruang fikir kita. Kita mencari-cari di mana arah punca gangguan itu. Hati kita terasa seperti berbuat silap. Tapi semakin kita mencari, semakin pula kusut ruang fikir kita.

Pada satu saat yang lain, pernah kah kita tertanya sendiri, kenapa hati tidak tenang? Kenapa hati terasa masih lagi gelisah? Kenapa fikiran selalu saja melayang mengenang perkara-perkara pahit? Kenapa selalu saja rasa sendu dan duka, kadang melarat dari pagi membawa ke petang.

Sedangkan tangan masih ditadah, masih lagi berbicara doa pada Allah. Meminta itu ini, mengadu begitu begini. Memohon agar diampunkan semua dosa dan kesalahan diri. Namun hati, masih juga buntu dalam menemui erti ketenangan yang sebenar.

Kita muhasabah....

Mungkin kita tidak tersedar, rupanya ketika bibir laju memohon ampun, kita sendiri belum lagi menghulur maaf. Bagaimana harus ditemui ketenangan, andai masih lagi berbekas rasa. Bagaimana mesti kita diampuni, andai masih lagi belum rela melepaskan rasa dalam hati. Kita ingin Allah mengampunkan dosa kita, tetapi kita lupa memberi maaf pada mereka yang bersalah. Kita membuat mereka terluka. Terluka dengan sikap kita.

Memaafkan bukanlah mudah. Kita manusia fitrahnya sentiasa  berteman khilaf. Yang selalu kalah dengan ujian yang Allah beri. Yang selalu dan tak malu mengaku lemah. Sedangkan Allah terang-terangan lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.

Kita ini manusia, yang selalu bersembunyi di balik dinding bernama mangsa. Kita ini manusia, yang tidak mahu memaafkan hanya beralasan 'kita bukan nabi, kita manusia biasa'...

Kadangkalanya kita mangsa dan mengenang betapa diperlakukan dengan tidak adil, betapa diri dizalimi, betapa diri tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu, diperlakukan sebegini... lantas sukar sekali rasa hati untuk memberi sebuah kemaafan.

Mengapa boleh berlaku sedemikian?

Ya, kerana kita sebenarnya lupa. Yang menggerakkan sesuatu itu adalah Allah. Hati manusia, seperti saya, seperti dia, seperti semua, dipegang oleh Allah. Tiada satu pun yang akan terjadi tanpa izin dariNya. Setiap sesuatu, telah dirancang Allah sebaiknya. Baik atau buruk hanyalah di mata kita, manusia yang terhijab dari segala kebaikan yang Allah telah aturkan.

Tersiratnya, andai kita fikir kita dizalimi oleh manusia, lalu enggan pula memaafkannya, maka kitalah sebenarnya yang zalim kerana sedikit sebanyak, kita ini menuduh perancangan dan gerakan Allah itu zalim. Nauzubillahiminzalik. Astagfirullah.

Sedangkan Allah, pemilik segala sesuatu di langit dan bumi, sedia mengampunkan dosa hatta setinggi gunung. Sedangkan Allah, di dalam al-Quran berkali kali menegaskan yang dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Sedangkan Dia, yang mahu hambaNya memohon ampun walau berkali-kali melakukan dosa.... Tapi kita, hanya hamba yang kerdil, satu antara jutaan butiran pasir manusia, seakan-akan mahu menumpang hakNya, dengan tidak bersedia memaafkan manusia kerdil lain. Siapa kita? Siapa?

Benar, memaafkan memang tidak mudah. Memaafkan sedang hati masih berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apalagi jika yang mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak pernah menghulur maaf. Tidak pernah menunjuk kesal. Malah seakan bergembira, seolah olah tidak pernah berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.

Ingatlah, jalan ke syurga itu tidak mudah. Mahu ke syurga itu perlu diselangi dengan jerih payah. Maka, perlu apa kita mengeluh kesah?

Percayalah, bila mana memaafkan maka perlahan-lahan rasa itu pasti datang. Rasa tenang. Rasa damai. Rasa lapang. Bila mana tangan ditadah, lalu memaafkan setulus hati, dapat dirasa hati bersorak girang. Hati terasa bebas dari dendam dan amarah kerana kita tidak lagi menanigisi sesuatu yang telah terjadi.

Didiklah hati itu agar sentiasa mendoakan mereka yang telah mengkhianati kita. Walau sakitnya bagai tusukan sembilu, doakanlah kerana tidak merugi orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan.

Sukar. Sudahlah memaafkan itu payah, lagikan pula mendoakan untuk mereka? Tapi percayalah, memberi kemaafaan itu memberi jalan tenang, memaafkan itu membuka hati semakin lapang. Mendoakan buat mereka yang menganiaya adalah kemuncaknya. Hakikatnya merekalah sebenarnya yang patut dikasihani, kerana bukan saja mereka menzalimi kita, tapi juga menzalimi diri mereka sendiri... Bukankah orang seperti itu patut didoakan?

Walaupun pada saat ini mereka menyakiti dan menzalimi diri kita, mereka dikatakan seorang yang zalim bukan sahaja ke atas diri sendiri malah ke atas diri orang lain juga. Namun, kita tidak tahu bagaimana pengakhiran sebuah kehidupan di masa akan datang antara kita dengan orang yang menzalimi kita itu. Boleh saja orang tersebut menjadi lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding diri kita sendiri.

Andai belum pernah mendoakan yang baik-baik untuk mereka, maka pintalah. Setiap kali berdoa, pintalah kebaikan untuk mereka. Janganlah sesekali kita mendoakan keburukan buat mereka. Sebaik-baik mukmin dan 'sekuat-kuat' mukmin itu ialah dia tidak membalas kejahatan, kemarahan, kesakitan yang diberikan oleh mukmin yang lain sekalipun dia berkuasa dan berupaya untuk membalasnya.

Maka doakanlah dirinya dan jangan lupa agar istiqamah untuk mendoakan kebaikan juga buat diri kita sendiri.

Ya Allah,
Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami,
Jauhkan kami dari cuba menumpang hakMu,
Jauhkan kami dari rasa dendam dan sakit,
Kami manusia, yang tidak malu berbuat dosa,
Yang tidak segan mengumpul noda,
Ampunilah kami, hambaMu yang hina,
Berikanlah kami hati yang tabah, hati yang kuat,
Untuk memberi maaf, demi mencari ampunanMu...
Amin ya Rabb.