Tuesday 9 October 2012

...bila sentap




Selalu sentap?

Ya, munkin anda hati tisu. Aku pun tak kurangnya. Aku cuba menidakkan rasa sentap itu. Kadang tak berjaya. Apa aku buat? Lemparkan kemarahan secara senyap. Bila aku marah mesti aku senyap. Bila senyap kita takkan maki orang, gunakan emosi lebih dahulu dari minda. Jadi aku control sakit hati dengan senyap.

Lepas tu aku marah balik dekat diri sendiri. Luahkan semua tak puas hati dan aku boleh senyum balik walaupun palsu semata-mata. Walaupun sentap, buat apa nak simpan dalam hati. Buat parah hati je. Maafkan seseorang itu adalah lebih baik. Tak adalah kita serabut je kan.

Jangan bersedih sebab sentap itu boleh dijadikan pendorong semangat. Percayalah! Kekecewaan dan sakit hati jika disalurkan ke arah yang betul ia menjadi kesan positif kepada diri kita.

----> memang aku Kaki Sentap, So kena lah terima diri aku seadanya…



5 comments:

  1. saya pun selalu jugak sentap...nak pulak sya ni jenis yang jarang2 kena kutuk,bila kena tu mulalah muncung mcm tikus..haha.bila dah kena tu biasanya sya jauhkan diri dr si kutuk tu dan cuba sombongkan diri dgnnya.betul ke tindakan sya ?? boleh terangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah la sampai sombong, buat macam biasa je... terpulang la pada si kutuk tu nak tegur kita ke x, kalau dia x nak tegur, kita mulakan la tgur dia..

      ...kenapa kita dihina oleh orang itu?
      Kerana itu adalah ujian daripada Allah.
      Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?
      Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
      Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan.
      Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah...
      So, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah

      -->pandai betul nasihatkan orang hafizahherman ni(terasa macam diri sendiri pulak termakan cili)hehehe

      Delete