Surat Tidak Rasmi Untuk Awak.
No:26, Jalan Hati-hati,
Taman Kembang
Kuncup,
Negara Temu Jodoh.
17 Julai 2011.
Salam awak,
Malam ini saya tak
dapat tido. Cik Lena saya taktahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya
tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya
layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan
harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi
saya degil juga untuk menulis.
Awak, ini mengenai
soal hati. Soal perasaan. Saya taktahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti
pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah
awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti
kan? Andai memang awak yang bisa merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia
kenapa tidak?
Seabad lamanya,
saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti
sekarang ini.Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang
tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk
sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata
saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.
Bila awak ke
utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu
proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di
timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.
Harapan saya, moga
awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata
awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.Semoga
Allah memberkati dan meredhai kita berdua.
Oleh itu saya
simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.
Yang
benar,
Tulang rusuk awak sebelah
lagi.
No comments:
Post a Comment