Thursday, 24 January 2013

Kepada-Mu Ku Memohon





Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan diriku kepada-Mu. Keampunan-Mu ku pohon, andai ada selain-Mu yang lebih utama dalam hatiku.

...tiada yang kekal


CINTAkan bunga, bunga akan LAYU,
CINTAkan manusia, manusia akan MATI,
CINTAkan Allah, Allah KEKAL ABADI.

^_^


Saturday, 5 January 2013

Sabar Itu Perlu Setiap Masa

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

Sunday, 18 November 2012







 Buat insan yang pernah MENYAKITI ku:-
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran & semoga dirimu tidak akan pernah merasai sakit sepertimana yang saya rasakan.











Buat insan yang pernah SAYA SAKITI:-
Maafkanlah kekhilafanku, saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan.






Khas buat SAHABAT ku:-
Mungkin di antara kita memiliki banyak jurang perbezaan, namun tidak dapat dinafikan lagi kerna ku ingin melewati hari-hari indahku bersamamu.


Wednesday, 31 October 2012

KADANG-KADANG


Pernah jumpa situasi ni?

“Ish bukannya dia nak senyum. Sombong giler lah! Nyampah gua! Arghhh! Tekanannn! ”

--- > Kita selalu mengharapkan orang senyum dekat kita dulu kan? Pastu tension sendiri. Kenapa kita mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu & meminta. Bukan ke tangan yang dekat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk.

--- > Kalau benar kita melakukan demi redha & cinta lahi, lepas senyum kene baling tomato dengan petola pun, kita tak kisah kot. Kot la, insyaAllah.

Let’s do it for the sake of Allah

Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.

Kadang-kadang manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang & malam, bagai suami & isteri, bagai guru & murid, bagai pensil & kertas, bagai nasi & lauk.

Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata je.

Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat & dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna & suci dari orang lain? Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang anda pakai, kopiah yang anda sarung, serban yang anda lilit, stokin stongan yang anda kenakan sampai orang lain anda pandang enteng. Sesekali jangan! Anda sebenarnya sedang diuji bila anda merasa bangga & selesa dengan keadaan itu. Hati-hati.

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka.

Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri lokek untuk memberikan sesuatu? Macam mana konsep tu?

Buanglah ego. Tak kemana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita balut jasad sendiri dengan kain kafan.  Bukan boleh kita mandikan diri sendiri. Bukan boleh kita gali & kambus lubang kubur kita nanti. Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego? Tak kemana. Buanglah ego tu..

Kadang-kadang manusia mahukan kegembiraan tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah manusia itu menambahkan kesedihan & kedukaan kepada orang lain.

Kadang-kadang manusia mahukan urusannya dipermudah tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi? Kalau Allah tarik? Betapa sombongnya..

Dan sememangnya manusia mahukan doanya & keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentingan-Nya tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah & Islam tidak memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah & Islam.  Allah tak nak kita terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih kepada-Nya. Kalau tak diuji nanti kita lalai & leka. Jangan sedih kalau kita diuji. Bersyukurlah & takutilah kalau diri kita tak diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillah..

Ibu ayah marah sebab apa? Sebab nak kita jadi anak yang baik, soleh, solehah. Macam tu jugak Allah. Cuma kasih sayang Allah tak terbatas. Kadang-kadang Dia tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka sikitpun. Surprise yang berhikmah. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kau kecapi..

Manusia adakalanya
kadang-kadang imannya di hulu sana
kadang-kadang imannya di hilir sini
Sebab tu kita sesame kita kena & mesti saling ingat mengingatkan.