Wednesday, 1 May 2013

dulu, kini & selamanya




Tanpa keberanian dan kepercayaan pada diri sendiri, mana mungkin kita dapat mengukir bintang di langit? Sama ada mahu menjadi orang yang produktif atau malas, menguntungkan atau merugikan, berguna atau tidak berguna, penyumbang atau pemusnah, berjaya atau kecundang, KITALAH yang menentukannya!

Monday, 22 April 2013

Kematian Itu Pasti




“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali-’Imran: 185)

Sunday, 21 April 2013

Let Bygones Be Bygones




Kita manusia memang takkan terlepas dari melakukan kesalahan, namun daripada kesalahan itu, kita akan menjadi lebih matang dan lebih dewasa, tidak salah jika melakukan kesalahan, apa yang penting, kita sanggup menjadikan kesalahan kita yang lepas menjadi satu pengajaran buat diri kita, yang dah lepas tu biarkan dah lepas, kita tak payah la bermasam-masam muka, berbaik-baiklah.

Thursday, 18 April 2013

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T



Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Tuesday, 16 April 2013

Saat Terakhir


Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu, kamu, kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
di nanti ku…

Monday, 4 March 2013

Destinasi Pasti Seorang Manusia


Jam berdetik tik, tik, tik, hari demi hari,  minit demi minit,  saat demi saat, telah pun berlalu, masa sedang meninggalkan kita tanpa kita sedari. Tetapi kita seakan lupa dan memekakkan telinga daripada detikan jam yang semakin hari meninggalkan kita dengan perlahan.

Nyawa manusia?  sehingga bilakah akan bertahan?   esok ,  lusa atau sebentar lagi?  yang pasti nyawa akan diambil jua dengan cara yang kasar ataupun lembut bergantung kepada amalan seseorang manusia itu.  Nyawa manusia ,  tempoh hayat manusia sejauh manakah kita menggunakannya dengan baik.

Dalam diam tak diam , seorang demi seorang yang ku kenali pergi meninggalkanku. Jangan kita lupa, saat kita akan tiba juga..
Takziah diucapkan buat keluarga arwah di atas pemergian beliau ke rahmatullah baru-baru ini. Arwah yang merupakan  seorang pelajar semester dua Diploma Teknologi Elektrik Kolej Yayasan Melaka (KYM), meninggal dunia akibat kemalangan.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Ku doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.


“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Saturday, 2 March 2013

?




“Saya adalah seorang yang tidak memiliki rasa percaya diri, selalu merasa curiga terhadap orang disekeliling saya. Saya ingin menjadi seseorang yang yakin pada diri dan tidak mudah goyah menghadapi badai yang melanda. Saya ingin menjadi seseorang yang pandai bergaul dengan semua orang yang saya jumpa. Saya ingin menjadi seseorang yang disukai oleh semua orang, tiada yang mempersoalkan tentang keperibadian & keburukan saya.”