Saturday, 16 August 2014

BIAR – HANI & ZUE


Kau hadir membawa seribu hikmah
Mewarna senyuman yang kian pudar
Mengenal erti sebuah persahabatan
Menerima baik buruk seorang teman

Pengubat luka rindu dan kasih sayang
Memberi semangat dan harapan

Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku

Kau hadir membawa seribu hikmah
Menyeri hidupku yang kian pudar
Penawar segala rasa kepahitan
Memahami hati seorang teman
Pengubat luka rindu dan kasih sayang
Memberi semangat dan harapan

Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku bukannya niatku untuk mencintaimu
Semua ini tiba-tiba

Berikanlah ku peluang
Tuk jadi yang terbaik untukmu
Takkan aku kecundang
Selagi kau bukan milikku

Biar biar biar aku menunggu
Sampai habis nanti semua hayatku
Biar biar biar aku menunggu
Cinta tulus ikhlas

Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku bukannya biatku untuk mencintaimu
Semua ini tiba-tiba

Biar biar biar aku menunggu
Sampai habis nanti semua hayatku
Biar biar biar aku tertunggu
Cinta tulus ikhlas dari hatimu

Friday, 16 May 2014

SETAHUN BERLALU

Hari ini genap setahun Arwah Abu pergi meninggalkan dunia ini.
Terasa masa itu berlalu dengan cepat.
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Setiap yang hidup pasti akan merasa kematian.


Cepat atau lambat kita semua pasti akan menyusul dan merasakan mati, dan ketika saat itu tiba, sudah siapkah kita menghadapinya??.

Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat. “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”(QS, Al-Munafiqun, 63:11). 

#Semoga rohnya tenang dan aman disana. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman....Ameen.
Al-Fatihah

Friday, 18 April 2014

...bila hati berbicara

Hidup ini macam-macam yang pernah terjadi.
Kadang-kadang memang susah untuk kita terima.
Tapi nak buat macam mana, kita terpaksa menerima keadaan tersebut walaupun terpaksa.


Hidup ini pelbagai, ada yang sedih, gembira, sakit hati dan macam-macam lagi.
Orang lain akan tengok kita dengan kegembiraan bukan dengan kesedihan.

Kesedihan hanya muncul dalam hati yang sangat dalam dan orang lain tak dapat nak rasa kesedihan tersebut.

Thursday, 7 November 2013

C.I.N.T.A


Setiap orang pasti pernah jatuh cinta.
Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut.
Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.

Saturday, 24 August 2013

What’s the Difference?


If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go.

Friday, 19 July 2013

...sayang awak


“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

Saturday, 6 July 2013

Maafkanlah Mereka


Bagi mereka yang sedang berusaha dalam membina satu hubungan yang lebih diredhai; sabar dan tabah lah dalam menghadapi ujian-ujian yang hadir. Seandainya telah berlakunya perpisahan janganlah sesekali kita menyimpan perasaan benci dan marah di dalam hati kita.


Jangan juga kita cuba menyalahkan takdir kerana kegagalan dan perpisahan itu. Tetapi yakinlah dengan janji Allah, perpisahan itu pasti akan berganti dengan pertemuan, pertemuan yang lebih baik dari pertemuan yang dulu.