Berbahagialah dengan apa saja
konflik yang kita hadapi dan senyumlah dalam hati apabila bertemu dengan
orang-orang yang berbagai sikap dan personaliti dan katakan di dalam hati, aku
sedang diproses. Semoga kita jadi manusia hebat, Insya-Allah.
Friday, 22 February 2013
Tuesday, 12 February 2013
H.A.T.I
Kadang-kadang kita pura-pura
tak suka kat seseorang , tapi dalam pada masa yang sama kita tak boleh tengok
dia dengan orang lain .
Sunday, 10 February 2013
Andai Kematian Itu Memilih Aku
Adakah diri sudah bersedia?
Adakah diri yang hina ini masih boleh tertawa sedangkan diri masih tercalit
dosa-dosa yang banyak. Masihkah boleh tersenyum sedangkan masih banyak hutang
dengan ALLAh Ta’ala?
Bolehkah diri memilih tarikh
kematian? Sudah tentu tidak!
Kehidupan ibarat perjanjian
kontrak. Di dalam perjanjian kontrak, di dalamnya pasti terdapat tarikh akhir
kontrak. Begitu juga di dalam kehidupan, pada akhirnya apabila masa yang
dijanjikan sampai, kita akan ditarik nyawa dan pergi menemui Allah.
Sunday, 3 February 2013
cinta halal
Satu analogi untuk seseorang
yang bersedia ke arah cinta halal atau yang sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nahkoda,
apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan
berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan
bahtera tersebut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan
ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar
dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat
menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan
nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yang bakal
ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum
ini.."
"Jika hanya mendayung
sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu
sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba
untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang
mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."
Saturday, 26 January 2013
Pasangan
Naluri manusia ingin hidup
berpasangan. Fitrah ini secara semulajadi Allah anugerahkan dalam diri setiap
manusia. Tiada siapa boleh menafikan perasaan ini.
Dalam kehidupan seharian,
setiap individu sedikit sebanyak akan terkesan dengan faktor persekitarannya.
Persekitaran mampu ‘membentuk’ peribadi seseorang. Jika persekitarannya
positif, ia akan membantu seseorang jadi lebih baik, begitu sebaliknya.
Setiap orang inginkan
pasangannya dari kalangan orang yang baik. Jadi untuk dapatkan pasangan yang
baik.
SYARATNYA:
1) DOA minta jodoh orang
baik.
2) PERBAIKI diri jadi lebih
baik.
3) BERKAWAN dengan kawan -
kawan baik.
4) SENTIASA dalam
persekitaran baik.
InsyaAllah NIAT ikhlas
mencari cinta kerana Allah SWT dengan CARA mengikut syariat, kita akan BERJAYA
temui pasangan yang SOLEH / SOLEHAH & HENSEM / CUN.
Thursday, 24 January 2013
Kepada-Mu Ku Memohon
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon
kepadaMu cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan kecintaan terhadap
amal yang mendekatkan diriku kepada-Mu. Keampunan-Mu ku pohon, andai ada
selain-Mu yang lebih utama dalam hatiku.
...tiada yang kekal
CINTAkan bunga, bunga akan LAYU,
CINTAkan manusia, manusia akan
MATI,
CINTAkan Allah, Allah KEKAL ABADI.
Subscribe to:
Posts (Atom)







