Friday, 18 April 2014

...bila hati berbicara

Hidup ini macam-macam yang pernah terjadi.
Kadang-kadang memang susah untuk kita terima.
Tapi nak buat macam mana, kita terpaksa menerima keadaan tersebut walaupun terpaksa.


Hidup ini pelbagai, ada yang sedih, gembira, sakit hati dan macam-macam lagi.
Orang lain akan tengok kita dengan kegembiraan bukan dengan kesedihan.

Kesedihan hanya muncul dalam hati yang sangat dalam dan orang lain tak dapat nak rasa kesedihan tersebut.

Thursday, 7 November 2013

C.I.N.T.A


Setiap orang pasti pernah jatuh cinta.
Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut.
Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.

Saturday, 24 August 2013

What’s the Difference?


If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go.

Friday, 19 July 2013

...sayang awak


“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

Saturday, 6 July 2013

Maafkanlah Mereka


Bagi mereka yang sedang berusaha dalam membina satu hubungan yang lebih diredhai; sabar dan tabah lah dalam menghadapi ujian-ujian yang hadir. Seandainya telah berlakunya perpisahan janganlah sesekali kita menyimpan perasaan benci dan marah di dalam hati kita.


Jangan juga kita cuba menyalahkan takdir kerana kegagalan dan perpisahan itu. Tetapi yakinlah dengan janji Allah, perpisahan itu pasti akan berganti dengan pertemuan, pertemuan yang lebih baik dari pertemuan yang dulu.

Sunday, 30 June 2013

Semua Kekurangan Ada Kelebihan


Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing.
Namun, Allah
tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia.
Pasti ada kelebihan dari sudut yang
lain dan pasti masih mampu memberi manfaat kepada ummah dengan caranya tersendiri.

Friday, 28 June 2013

CINTA


Cintailah orang yang memang berhak menerima cinta kita. Masih ada ruang untuk kita memperbaiki diri. Masih ada peluang untuk berdoa mohon bantuanNYA. Cinta itu indah, Cinta itu ketenangan. Cinta itu bahagia.