Tuesday 7 May 2013

Dendam Yang Termanis




"Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu ‘seseorang’ mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku.

Semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar ‘seseorang itu’ diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya.

Kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku.

Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras, yang penting keredaan ada bersama kita.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

2 comments:

  1. Hati orang? Hati sendiri siapa nak jaga? Jom singgah. http://nursyazlia.blogspot.com/2013/05/hati-orang.html

    ReplyDelete