Wednesday, 24 October 2012

A K U


aku
mencari aku dalam dia
mencari makna yang tersembunyi
mencari damai dalam kalut
mencari dingin dalam api

ku tahu
dalam dia tiada aku
yang tersembunyi tidak terlihat
dalam kalut tiada damai
dalam api tiadanya dingin

bilakah...
kan ku jumpa aku?
yang tersembunyi kan terlihat?
yang kalut kan jadi damai?
yang panas akan kembali dingin?


Saturday, 20 October 2012

Be yourself!


Hendak rasa senang hati tu rasa-rasanya macam susah aje. Macam payah saja, betul? Tapi  kadang-kadang tu, bila kita tengok sesetengah kawan macam senang saja nak menghappykan diri mereka. Macam mana  ya?


Be yourself. Jadilah diri anda. Ketawalah, senyumlah, buatlah apa-apa untuk menggembirakan anda, asalkan tidak melanggar syariat.

Ya, bila anda ketawa,bila lakukan apa pun kerja yang anda suka, secara automatik, anda akan membawa diri anda jauh ke alam kegembiraan, ketenangan dan anda sendiri yang akan mengawal diri anda.

Jangan biarkan diri anda dikuasai oleh faktor dan pengaruh dari luaran. Yang baik dan elok itu tak apa, tapi lazimnya manusia akan mudah tertarik dengan rangsangan faktor luaran yang boleh menjatuhkan mood mereka.

Jadi, kawallah diri anda. Tip ini rasa macam sukar, tapi bila anda sudah selalu amalkan anda akan rasakan ianya sudah menjadi sebahagian daripada hidup anda. Di mana-mana pun, kawallah diri anda. Be yourself. Jadilah anda sendiri!


Ketawalah, senyumlah. Anda sendiri yang berhak untuk mengubah cara dan gaya hidup anda.

Friday, 19 October 2012

T E R K I L A N


Sedih
Terkilan
Entah

Kau memilih untuk menjauh sahabat
Sedangkan aku memilih untuk bertahan
Mungkin salahku
Mungkin bukan, mungkin.. tetapi benar

Menangis

People go
Memories stay
I'm speechless right now..


Making a million friend is not a miracle, the miracle is to make a friend, who will stand by you when millions are against you.

Thursday, 18 October 2012

MENANGIS





Bila aku SEDIH , aku MENANGIS untuk lebih TENANG . .

Bila aku MARAH , aku MENANGIS untuk REDAKAN rasa itu . .

Bila aku TERASA HATI , aku MENANGIS supaya aku TAK buat DOSA dengan MENGATA & MENGUMPAT. .

Bila aku RASA BENCI , aku MENANGIS supaya aku BENCI akan PERBUATAN aku sendiri. .

Bila aku BUAT DOSA , aku MENANGIS kerana aku buat ALLAH SWT MURKA . .

Ya ALLAH , terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku . .

Engkau yang paling memahamiku , tiada yang lain . .

Terima kasih kerana beri nikmat 'MENANGIS' ini untuk hamba-Mu lebih dekat
dengan-Mu . .

~ A L H A M D U L I L L A H ~ YA A L L A H ~

Tuesday, 9 October 2012

...bila sentap




Selalu sentap?

Ya, munkin anda hati tisu. Aku pun tak kurangnya. Aku cuba menidakkan rasa sentap itu. Kadang tak berjaya. Apa aku buat? Lemparkan kemarahan secara senyap. Bila aku marah mesti aku senyap. Bila senyap kita takkan maki orang, gunakan emosi lebih dahulu dari minda. Jadi aku control sakit hati dengan senyap.

Lepas tu aku marah balik dekat diri sendiri. Luahkan semua tak puas hati dan aku boleh senyum balik walaupun palsu semata-mata. Walaupun sentap, buat apa nak simpan dalam hati. Buat parah hati je. Maafkan seseorang itu adalah lebih baik. Tak adalah kita serabut je kan.

Jangan bersedih sebab sentap itu boleh dijadikan pendorong semangat. Percayalah! Kekecewaan dan sakit hati jika disalurkan ke arah yang betul ia menjadi kesan positif kepada diri kita.

----> memang aku Kaki Sentap, So kena lah terima diri aku seadanya…



Thursday, 4 October 2012

Nilai Sebuah Kemaafan


Suatu ketika, pernah kah kita merasa seolah-olah ada sesuatu yang menganggu ruang fikir kita. Kita mencari-cari di mana arah punca gangguan itu. Hati kita terasa seperti berbuat silap. Tapi semakin kita mencari, semakin pula kusut ruang fikir kita.

Pada satu saat yang lain, pernah kah kita tertanya sendiri, kenapa hati tidak tenang? Kenapa hati terasa masih lagi gelisah? Kenapa fikiran selalu saja melayang mengenang perkara-perkara pahit? Kenapa selalu saja rasa sendu dan duka, kadang melarat dari pagi membawa ke petang.

Sedangkan tangan masih ditadah, masih lagi berbicara doa pada Allah. Meminta itu ini, mengadu begitu begini. Memohon agar diampunkan semua dosa dan kesalahan diri. Namun hati, masih juga buntu dalam menemui erti ketenangan yang sebenar.

Kita muhasabah....

Mungkin kita tidak tersedar, rupanya ketika bibir laju memohon ampun, kita sendiri belum lagi menghulur maaf. Bagaimana harus ditemui ketenangan, andai masih lagi berbekas rasa. Bagaimana mesti kita diampuni, andai masih lagi belum rela melepaskan rasa dalam hati. Kita ingin Allah mengampunkan dosa kita, tetapi kita lupa memberi maaf pada mereka yang bersalah. Kita membuat mereka terluka. Terluka dengan sikap kita.

Memaafkan bukanlah mudah. Kita manusia fitrahnya sentiasa  berteman khilaf. Yang selalu kalah dengan ujian yang Allah beri. Yang selalu dan tak malu mengaku lemah. Sedangkan Allah terang-terangan lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.

Kita ini manusia, yang selalu bersembunyi di balik dinding bernama mangsa. Kita ini manusia, yang tidak mahu memaafkan hanya beralasan 'kita bukan nabi, kita manusia biasa'...

Kadangkalanya kita mangsa dan mengenang betapa diperlakukan dengan tidak adil, betapa diri dizalimi, betapa diri tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu, diperlakukan sebegini... lantas sukar sekali rasa hati untuk memberi sebuah kemaafan.

Mengapa boleh berlaku sedemikian?

Ya, kerana kita sebenarnya lupa. Yang menggerakkan sesuatu itu adalah Allah. Hati manusia, seperti saya, seperti dia, seperti semua, dipegang oleh Allah. Tiada satu pun yang akan terjadi tanpa izin dariNya. Setiap sesuatu, telah dirancang Allah sebaiknya. Baik atau buruk hanyalah di mata kita, manusia yang terhijab dari segala kebaikan yang Allah telah aturkan.

Tersiratnya, andai kita fikir kita dizalimi oleh manusia, lalu enggan pula memaafkannya, maka kitalah sebenarnya yang zalim kerana sedikit sebanyak, kita ini menuduh perancangan dan gerakan Allah itu zalim. Nauzubillahiminzalik. Astagfirullah.

Sedangkan Allah, pemilik segala sesuatu di langit dan bumi, sedia mengampunkan dosa hatta setinggi gunung. Sedangkan Allah, di dalam al-Quran berkali kali menegaskan yang dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Sedangkan Dia, yang mahu hambaNya memohon ampun walau berkali-kali melakukan dosa.... Tapi kita, hanya hamba yang kerdil, satu antara jutaan butiran pasir manusia, seakan-akan mahu menumpang hakNya, dengan tidak bersedia memaafkan manusia kerdil lain. Siapa kita? Siapa?

Benar, memaafkan memang tidak mudah. Memaafkan sedang hati masih berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apalagi jika yang mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak pernah menghulur maaf. Tidak pernah menunjuk kesal. Malah seakan bergembira, seolah olah tidak pernah berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.

Ingatlah, jalan ke syurga itu tidak mudah. Mahu ke syurga itu perlu diselangi dengan jerih payah. Maka, perlu apa kita mengeluh kesah?

Percayalah, bila mana memaafkan maka perlahan-lahan rasa itu pasti datang. Rasa tenang. Rasa damai. Rasa lapang. Bila mana tangan ditadah, lalu memaafkan setulus hati, dapat dirasa hati bersorak girang. Hati terasa bebas dari dendam dan amarah kerana kita tidak lagi menanigisi sesuatu yang telah terjadi.

Didiklah hati itu agar sentiasa mendoakan mereka yang telah mengkhianati kita. Walau sakitnya bagai tusukan sembilu, doakanlah kerana tidak merugi orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan.

Sukar. Sudahlah memaafkan itu payah, lagikan pula mendoakan untuk mereka? Tapi percayalah, memberi kemaafaan itu memberi jalan tenang, memaafkan itu membuka hati semakin lapang. Mendoakan buat mereka yang menganiaya adalah kemuncaknya. Hakikatnya merekalah sebenarnya yang patut dikasihani, kerana bukan saja mereka menzalimi kita, tapi juga menzalimi diri mereka sendiri... Bukankah orang seperti itu patut didoakan?

Walaupun pada saat ini mereka menyakiti dan menzalimi diri kita, mereka dikatakan seorang yang zalim bukan sahaja ke atas diri sendiri malah ke atas diri orang lain juga. Namun, kita tidak tahu bagaimana pengakhiran sebuah kehidupan di masa akan datang antara kita dengan orang yang menzalimi kita itu. Boleh saja orang tersebut menjadi lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding diri kita sendiri.

Andai belum pernah mendoakan yang baik-baik untuk mereka, maka pintalah. Setiap kali berdoa, pintalah kebaikan untuk mereka. Janganlah sesekali kita mendoakan keburukan buat mereka. Sebaik-baik mukmin dan 'sekuat-kuat' mukmin itu ialah dia tidak membalas kejahatan, kemarahan, kesakitan yang diberikan oleh mukmin yang lain sekalipun dia berkuasa dan berupaya untuk membalasnya.

Maka doakanlah dirinya dan jangan lupa agar istiqamah untuk mendoakan kebaikan juga buat diri kita sendiri.

Ya Allah,
Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami,
Jauhkan kami dari cuba menumpang hakMu,
Jauhkan kami dari rasa dendam dan sakit,
Kami manusia, yang tidak malu berbuat dosa,
Yang tidak segan mengumpul noda,
Ampunilah kami, hambaMu yang hina,
Berikanlah kami hati yang tabah, hati yang kuat,
Untuk memberi maaf, demi mencari ampunanMu...
Amin ya Rabb.

Sunday, 30 September 2012

Amalan Ayat


Amalan Ayat & Surah Serta Kebaikannya.

1)   BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

2)   SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

3)   AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan gangguan syaitan.

Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Hadith yang lain menyatakan : Barangsiapa yang membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihat beserta para Anbiya hingga ia gugur mati syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan : Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindarkan darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil seklai ilah azab neraka.

4)   SURAH AL-BAQARAH (sapi betina) Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

5)   SURAH ALI-IMRAN (keluarga Imran) Barangsiapa yang membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

6)   SURAH AN-NISSA (perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

7)   SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insyaallah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, ke atas air lalu di beri minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

8)   SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barangsiapa yang membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

9)   SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) barangsiapa membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barangsiapa yang membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

10)   SURAH AL - ANFAL (Rampasan) Barangsiapa yang membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekelian manusia.

11)   SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Permutus Hubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqkan dan akan mencapai hakikat iman. Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

12)   SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa yang membaca ayat 31 dari surah ini, ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

13)   SURAH AL-HUD (Hud) Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barangsiapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barangsiapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

14)   SURAH YUSUF (Yusuf) Barangsiapa yang membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

15)   SURAH AR-RA'D ( Petir) Barangsiapa yang membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

16)   SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barangsiapa membaca ayat -ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

17)   SURAH AL-IIIJ'R ( Batu Gunung) Barangsiapa yang membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat dari gugurnya.

Kelebihan surah-surah Al-Quran
SURAH-SURAH dalam kitab Al-Quran mempunyai banyak khasiatnya dan telunjuk untuk diikiuti umatnya. Malah jika diamalkan secara teratur, boleh membawa kepada kebaikan kepada individu terbabit.

Hanya dengan mengucapkan 'BISMILLAH', anda mendapat nikmat yang tidak terhingga. Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari gangguan syaitan, bencana manusia dan jin, kecurian dan kebakaran, serta kematian terkejut. Manakala mereka yang membaca sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Surah yang kita agungkan, 'AL-FATIHAH' pula besar manfaatnya. Sesiapa yang membacanya sebanyak 41 kali di antara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan. Jika dibaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya luas oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

 Ayat 'AL-KURSI' pula sebagai ayat pendinding, iaitu memelihara dari tipudaya dan gangguan syaitan dan dimurahkan rezeki. Sesiapa yang berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para Malaikat menurut bilangan hurufnya, untuk berdoa kepadanya sehinggalah ke hari Qiamat. Jika diamalkan membacanya sebelum tidur, Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh dan mengurniakan nur mengikut bilangan rambut di tubuhnya. Sekiranya dia meninggal pada malam itu, ia tergolong sebagai mati syahid. Malah ada hadis yang mengatakan : Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan sakaratul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad berserta para Anbiya hingga ia gugur mati syahid. Imam jaafar Shadiq r.a. pula mengatakan : Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

 Surah 'AL-BAQARAH' pula akan memelihara kita daripada segala bencana dan bahaya.

Manakala surah ' ALI-IMRAN' dijadikan penawar segala penyakit dan terselamat daripada gangguan jin.

Jika ingin diri dikasihi dan dihormati sekalian manusia, banyakkanlah membaca surah 'AL-ANFAL'. Bagi wanita hamil, seeloknya diamalkan surah 'YUNUS', sesiapa yang membaca ayat 31 dari surah ini, ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungan itu dengan selamat.

 Manakala surah 'YUSUF' ayat 68 pula akan memperolehi kesolehan kepada anak-anaknya.

Untuk menghindari anak-anak daripada mengerjakan perbuatan syirik dan bidaah, sebaiknya diamalkan surah 'IBRAHIM' ayat 32 hingga 34.

Bagi wanita yang sering keguguran, dinasihatkan agar membaca tiga ayat 'AL-IIIJ'R' agar anak dalam kandungannya akan terselamat dari keguguran.

Jika diamalkan pula surah 'MARYAM' nescaya beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Dan untuk mengelak daripada ditimpa kemiskinan, bacalah surah 'AL-KAHF' pada malam jumaat agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Surah 'AL-ANBIYA' pula adalah untuk mendapatkan sebesar-besar pangkat di sisi Allah S.W.T.

Manakala surah'AN-NAML' untuk memperoleh nikmat-nikmat Allah secara berterusan.

Surah 'FAATHIR' pula khusus untuk ahli perniagaan agar perniagaannya diberkati Allah.

Sudah pastinya surah 'YAASIN' banyak kelebihannya dan sering dibaca selepas solat fardhu setiap malam jumaat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah yaasiin",Nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik." Dalam satu hadis lain Baginda bersabda : "Hendaklah kamu membaca surah yaasiin ke atas pesakit yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Baginda juga pernah bersabda : "Aku ingin benar, agar surah yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barangsiapa membacanya 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali pada malam jumaat, lalu berdoa istgfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan Allah. Barangsiapa membaca sekali membuka perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari seksaan kubur.