Saturday, 11 May 2013

Jual Mahal


Anonymous 1 : Mengapa Takut Jual Mahal?

Anonymous 2 : Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?

Anonymous 1 : Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia. Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.


Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.


Tak salah jual mahal time belajar ni, yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat diukur daripada sikapnya terhadap waktu.

Thursday, 9 May 2013

SAHABAT


Sahabatku
hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikanmu kepadaku
banyak cacat cela yang terpalit pada aku
tetapi kau tetap setia bersama kekurangan & kecacatan yang ada
Maafkan aku kerana aku bukan sahabat yang terbaik
Maafkan aku kerana aku bukan sahabat pilihan
Maafkan aku kerana banyak lagi hak & tanggungjawab sebagai seorang sahabat yang masih belum sempat untuk aku lunaskan
Maafkan aku..


"Kita akan rasa peritnya ketiadaan & sakitnya kehilangan kerana terlambat menghargai manisnya kehadiran seorang sahabat."

Tuesday, 7 May 2013

Dendam Yang Termanis




"Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu ‘seseorang’ mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku.

Semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar ‘seseorang itu’ diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya.

Kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku.

Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras, yang penting keredaan ada bersama kita.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

Wednesday, 1 May 2013

dulu, kini & selamanya




Tanpa keberanian dan kepercayaan pada diri sendiri, mana mungkin kita dapat mengukir bintang di langit? Sama ada mahu menjadi orang yang produktif atau malas, menguntungkan atau merugikan, berguna atau tidak berguna, penyumbang atau pemusnah, berjaya atau kecundang, KITALAH yang menentukannya!

Monday, 22 April 2013

Kematian Itu Pasti




“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali-’Imran: 185)

Sunday, 21 April 2013

Let Bygones Be Bygones




Kita manusia memang takkan terlepas dari melakukan kesalahan, namun daripada kesalahan itu, kita akan menjadi lebih matang dan lebih dewasa, tidak salah jika melakukan kesalahan, apa yang penting, kita sanggup menjadikan kesalahan kita yang lepas menjadi satu pengajaran buat diri kita, yang dah lepas tu biarkan dah lepas, kita tak payah la bermasam-masam muka, berbaik-baiklah.

Thursday, 18 April 2013

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T



Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!