Harta akan
habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.
Sahabat
yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Mengapa manusia
gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari
sebuah kemesraan. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah
tua untuk bertaubat.
Gantungkan
azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah
mutiara di lautan. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap
mata terbuka belum bererti ia melihat.
Jadikan
dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat
kayu api. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum
yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
No comments:
Post a Comment