Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya
semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. Esok pasti ada tetapi esok
belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan
mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti
yang diimaginasi. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat
yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa
yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca
mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan
perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam
hidup"
No comments:
Post a Comment