Friday, 27 July 2012

FAKTOR – FAKTOR YANG MELEMAHKAN MINDA


Antara penyebabnya:
Ø  Makan kepala ikan.
Ø  Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
Ø  Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
Ø  Makan makanan ringan dan makanan segera.
Ø  Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi.
Ø  Makan bawang mentah.
Ø  Makan makanan atau buah yang masam secara kerap (jeruk, asam).
Ø  Pengambilan kafein yang terlalu banyak ( kopi, nestcafe ).
Ø  Minum antara suapan makan , maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
Ø  Minum minuman bergas dan beralkohol.
Ø  Sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju , gusti , dan sebagainya.
Ø  Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.
Ø  Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamine akan berkurangan di dalam sel-sel otak.
Ø  Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.
Ø  Merokok.
Ø  Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
Ø  Tidur pada waktu asar.
Ø  Kurang tidur.
Ø  Tidur pada tengkuk ( belakang kepala ).
Ø  Fikiran runsing, stress dan hati sedih.
Ø  Melakukan maksiat dan dosa.
Ø  Tekanan darah tinggi.

Dengan izin Allah s.w.t. kita akan lulus dengan cemerlang.

Saturday, 21 July 2012

Andai ini ramadhan terakhir..


Assalamualaikum..
Andai ini ramadhan terakhir.
Apa mungkin hari raya akan terlintas dibenak kita?
Andai ini ramadhan terakhir.
Adakah kita masih akan sibuk memikirkan juadah berbuka puasa setiap hari?
Andai ini ramadhan terakhir.
Mampukah lagi, kita tidur lena diulit mimpi seperti ramadhan yang lalu?
Andai ini ramadhan terakhir.
Adakah tahap puasa kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga?
Andai ini ramadhan terakhir.
Pasti kita mahu menjadikan ramadhan ini moment terindah dalam hidup kita.
Andai ini ramadhan terakhir.
Tentunya kita mahukan pencapaian yang paling cemerlang untuk dibawa pulang.
Andai ini ramadhan terakhir.
Kita pasti mahu merebut peluang terakhir ini sebaik-baiknya.
Kita tak tahu,
adakah ini ramadhan terakhir atau akan adakah lagi ramadhan yang akan datang.
Namun yang pasti, tidak siapa dapat menjamin, kita akan bertemu ramadhan akan datang.
Muhasabahlah kembali,
Berapa ramai insan disekeliling kita yang dipanggil pulang sebelum sempat bertemu ramadhan kali ini..?
Tidak takut dan bimbang kah?
Andai ini ramadhan terakhir…..”


ya Allah, andai ini ramadhan terakhirku,
bantulah aku melaluinya dengan sebaik-baiknya.

p/s: Syukur padaMu ya Rabb..


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Wednesday, 11 July 2012

Bagaimana Cara Anda Meminta Maaf?


Saya yakin, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meminta maaf. Tak kiralah minta maaf kepada kekasih, kawan/sahabat/teman, suami/isteri, ibu-bapa, adik-beradik, atau sesiapa sajalah... Mungkin cara yang paling mudah untuk meminta maaf adalah dengan hanya menghantar SMS. Kalau nak cara yang lebih 'gentle' sikit, adalah dengan bersemuka 'face to face' dan cakap 'direct' saja nak minta maaf. Tapi kalau nak minta maaf dan mengakui kesalahan dengan cara 'direct' nih, tentu kita akan rasa malukan?
Oklah, dibawah ini, saya senaraikan beberapa tips yang berguna untuk sesiapa yang agak sukar untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan.
Langkah-langkah:

1. Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.
2. Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.
3. Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya.
4. Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
5. Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
6. Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia.
7. Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.
8. Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.
9. Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.

Panduan-panduan:

* Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
* Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.
* Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.

Bagaimana 'Maaf' Dalam Pandangan Islam?

Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Kesalahan, kekhilafan adalah fitrah yang melekat pada diri manusia.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT".

Ini bererti bahwa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).

Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(QS. Al-Imran: 133-134).

Ibnu Qudamah dalam Minhaju Qashidin menjelaskan bahawa makna memberi maaf di sini ialah sebenarnya engkau mempunyai hak, tetapi engkau melepaskannya, tidak menuntut qishash atasnya atau denda kepadanya. Quraish Shihab dalam Membumikan Al-Quran menjelaskan: Kata maaf berasal dari bahasa Al-Quran alafwu yang berarti "menghapus", iaitu yang memaafkan menghapus bekas-bekas luka di hatinya. Bukanlah memaafkan namanya, apabila masih ada tersisa bekas luka itu didalam hati, bila masih ada dendam yang membara.

Boleh jadi, ketika itu apa yang dilakukan masih dalam tahap "masih menahan amarah". Usahakanlah untuk menghilangkan noda-noda itu, sebab dengan begitu kita baru boleh dikatakan telah memaafkan orang lain. Islam mengajak manusia untuk saling memaafkan. Dan memberikan posisi tinggi bagi pemberi maaf. Kerana sifat pemaaf merupakan sebahagian dari akhlak yang sangat luhur, yang harus di ikuti bagi seorang Muslim yang bertakwa.

Allah swt berfirman: "...Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah."
(Q.S.Asy-Syura : 40).

Dari Uqbah bin Amir, dia berkata:
"Rasulullah SAW bersabda, "wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu."
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

Al-Quran memang menetapkan, bahawa seseorang yang diperlakukan secara zalim diizinkan untuk membela diri tapi bukan didasarkan balas dendam. Pembelaan diri dilakukan dengan penuh simpati seraya menunjukan perangai yang luhur, bersabar, memaafkan dan toleran. Ketika Matsah yang dibiayai hidupnya oleh Abu Bakar menyebarkan gosip yang menyangkut kehormatan puterinya, Aisyah yang juga isteri Nabi.
Abu Bakar bersumpah tidak akan membiayainya lagi. Tapi, Allah melarangnya sambil menganjurkan untuk memberikan maaf dan berlapang dada.

(Q.S. an-Nur : 22). Dari ayat ini ternyata ada tingkatan yang lebih tinggi dari alafwu (maaf), aitu alshafhu. Kata ini pada mulanya bererti kelapangan. Darinya dibentuk kata shafhat yang bererti lembaran atau halaman, serta mushafahat yang bererti berjabat tangan. Seorang yang melakukan alshafhu seperti anjuran ayat diatas, dituntut untuk melapangkan dadanya sehingga mampu menampung segala ketersinggungan serta dapat pula menutup lembaran lama dan membuka lembaran baru.

AlShafhu yang digambarkan dalam bentuk jabat tangan itu, menurut Al-Raghib al-Asfahaniy "lebih tinggi nilainya" dari pada memaafkan. Dalam alshafhu dituntut untuk membuka kembali lembaran baru dan menutup lembaran lama." Let’s gone be by gone (yang lalu biarlah berlalu) bangunkan kembali masa depan dengan semangat yang baru. Kita selalu lupa, hanya kerana kesalahan yang telah dibuat orang lain, kita melupakan semua kebaikan yang pernah dibuatnya. Untuk itu, kita juga harus memperlakukan semuanya secara seimbang.

Yang terbaik buat kita hari ini adalah bersama-sama bangun kembali dengan semangat baru, ketulusan hati dan semangat persaudaraan. Jangan ada yang berkata: "Tiada maaf bagimu". Ahli hikmah mengatakan: Ingatlah dua hal dan lupakanlah dua hal. Lupakanlah kebaikanmu kepada orang lain dan lupakanlah kesalahan orang lain kepadamu.
Wallahu a’lam...
Inilah serba sedikit ilmu mengenai MAAF... nak minta maaf, bila-bila masa pun boleh kan? Tak semestinya nak kena tunggu Hari Raya... semoga ilmu yang ada ni memberi manfaat kepada diri saya dan sesiapa yang membacanya..


Siapa Yang Kuat?


Marah itu wujud dalam hati kita dan kita memang tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi kita boleh menahan rasa marah itu daripada mempengaruhi tindakan kita. Orang yang berjaya mengawal marahnya daripada mempengaruhi tindakannya itulah adalah orang yang kuat.

Jadikan sabar sebagai penahan diri kita daripada sifat yang melampau, termasuk marah yang melampau. Yang utama letakkan sabar dalam diri kamu, kerana itulah asas utama, letakkan sabar dalam diri kamu, kerana itulah peluang kamu melatih rasa sabar kamu.

Ku Mohon Maaf walaupun Bukan Hari Raya



 Assalamualaikum w.b.r. Selamat tua kepada bumi. Ialah, dah masuk bulan Julai(7) dah. Cepat masa berlalu, apa amal istiqomah kita lakukan sepanjang 7 bulan berada dalam tahun 2012. Pejam celik, pejam lagi celik lagi. Sudah lama kita hidup dan hampir pendek umur kita. Justeru itu tanya diri kita, apa amal kebaikan aku pada hari ini dan apa amalan kejahatan aku pada hari ini? Tanya diri, adakah aku berbuat mungkar pada hari ini, tanya diri adakah aku menyakiti hati sahabat seislamku hari ni? Sudahkah aku memohon maaf? Tanya diri, sesali diri dan marah diri ni. Mulalah meminta dan memberi maaf kepada orang dengan ikhlas.. Mulalah sebelum "belum bermula tapi dah berakhir". Usah tangguh, laksanakan..Di kesempatan ini Ana blogger kepada blog "Mencari Sinar Kebahagiaan" memohon maaf atas segala silap salah sama ada yang nyata, terkasar, teguran yang menyakitkan dan apa saja salah Ana pada sahabat, keluarga, rakan blogger dan sesiapa yang membuka blog ni dan membaca ayat " Ana mohon maaf".

PENTINGNYA PERSAUDARAAN DARI PANDANGAN HADITH

"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah."

(Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)

"Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan"

(Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

"Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka."

(Riwayat Abu Dawud & Annsa'i)

"Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam."

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Setiap muslim yang memberikan pakaian kepada muslim yang tidak berpakaian, Allah akan memberikan pakaian syurga kepadanya.Setiap muslim yang memberi muslim lain yang kelaparan,Allah akan memberikan buah syurga kepadanya dan setiap muslim yang memberi minum kepada muslim yang kehausan Allah akan memberikan minum kepadanya dari ar-Rahiqul Makhtum."

(Hadis Riwayat Abu Daud)

"Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik". Seraya Rasulullah saw menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal"
(Hadith Riwayat Al- Bukhari)

P/S : Semaikan benih persaudaran. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Bertemu dalam iman, mengenal Islam dan menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah. Proud yourself to be a Muslim by a Quality not a Quantity.

Monday, 2 July 2012

Bagaimana Untuk Memahami Perangkap Mental


Minda boleh mempermainkan Anda.

Bagaimana? Minda memunculkan tanggapan-tanggapan liar (wild thoughts) diikuti dengan emosi-emosi liar seiring dengan tanggapan-tanggapan tadi. Semua tu akan muncul secara spontan.

Anda akan biarkannya muncul begitu saja tanpa terfikir untuk menghentikannya atau melupakannya. Anda layan.

Inilah kami panggil sebagai ‘Perangkap Mental‘.

Minda Anda respon kepada perkataan-perkataan yang Anda selalu ingati.

Ingat perkataan cinta, terbayang orang tersayang. Ingat perkataan benci, terbayang orang-orang yang Anda kurang senang. Ingat perkataan motivasi, Anda tiba-tiba bersemangat.

Teringat perkataan sibuk, Anda akan terbayang situasi kelam-kabut penuh tekanan. Anda jadi stress.

Jadi untuk elakkan Anda dipermainkaan oleh minda sendiri atau termasuk ke perangkap mental caranya Anda kena ‘alert’ dengan perkataan-perkataan yang bersimpang siur di fikiran.

Hati-hati dengan perkara yang Anda fikirkan selalu.

Sebab, apa yang banyak Anda fikirkan, itulah yang akan diserap masuk oleh minda separa sedar, di proses lalu dijelmakan ke dunia nyata. Munculnya cepat atau lambat saja.

Mulai hari ini, kawal perkataan-perkataan yang bersimpang siur di minda Anda.

Elak biarkan perkataan-perkataan itu mengalir begitu saja di fikiran tanpa dikawal.

Bila Anda perasan yang fikiran Anda mula teringat perkataan-perkataan buruk atau something yang anda tak suka, berhenti memikirkannya.

Ingat perkataan-perkataan lain dan fikirkannya supaya wujud satu rasa seiring dengan apa yang Anda fikirkan. Rasa ini akan mempengaruhi ‘mood’ Anda.

Sebagai contoh, teringat perkataan cinta, terbayang wajah kesayangan. Serta-merta mood Anda bertukar jadi mood bagus. Anda rasa tenang, seronok terhibur.

Mulai sekarang, kawal minda Anda, kawal fikiran Anda, kawal mood Anda.

Kemahiran ini memerlukan latihan, tapi bila dah selalu buat lama-kelamaan Anda akan mahir.

Anda akan bijak menepis perkara-perkara buruk dari mempengaruhi Anda. Anda akan dapat mendepani situasi menekan dengan penuh tenang.

Luaran Anda dipengaruhi oleh situasi di dalam minda Anda. Apa yang ada di fikirkan akan mempengaruhi situasi luaran Anda serta merta.

Bagaimana Untuk Membina Anti Stress


Stress adalah perasaan tertekan. Kenapa Anda tertekan?

Sebab Anda tidak dapat apa yang Anda mahu. Sebab lain, sesuatu yang Anda tidak pinta, tidak mahu dan tidak ingin telah terjadi ke atas Anda kemudian terasa susah untuk keluar darinya, misalnya masalah.

Bagaimana untuk membina anti stress.

Bila difikirkan anti stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Semakin banyak memikirkan tentang ubat, semakin banyak timbul penyakit. Sebab? Sesuatu akan menarik sesuatu yang lain yang serupa dengannya. Fikir stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Begitu juga dengan berfikir mengenai anti stress, sebab Anda berada dalam keadaan memerangi stress. Anda lawan stress. Kesannya Anda akan dapat lebih banyak stress sebab di fikiran Anda wujud stress, bukan ketenangan.

Lupakan pasal anti stress. Sebaliknya binalah ketenangan dan nikmati ketenangan itu.

Dengarlah lagu-lagu yang mendamaikan jiwa, yang tenang dan yang menghiburkan. Elak dengar lagu bernada sedih, kecewa, putus asa atau hampa. Anda akan merasa sedih, kecewa, putus asa dan hampa juga serupa dengan apa yang Anda dengari. Perkataan-perkatan berisi emosi hampa akan membangkitkan emosi hampa di hati Anda, sebab itulah Anda hampa.

Pergilah berjalan-jalan di taman, di pantai atau ke mana saja yang Anda rasa Anda boleh beroleh ketenangan. Ketika disitu, fokuslah untuk merasai ketenangan. Lupakan habis pasal stress. Tujuan utama Anda adalah untuk mencari ketenangan, rasainya, simpan lalu nikmati supaya Anda mendapat kekuatan.

Ketika Anda sedang berada dalam situasi yang penuh stress, sibuk dan penuh kelam-kabut, caranya tenangkan diri. Bila sudah tenang, tenangkan lagi diri Anda, lebih tenang dari yang tadi. Inilah cara yang bagus digunakan untuk mengharungi situasi penuh stress.

Bila Anda merasa tertekan atau sedang stress memikirkan sesuatu tapi Anda susah nak lupa, fokus pada PENYELESAIAN. Sebagai contoh, jika Anda stress sebab tidak ada duit, fikir bagaimana nak selesaikannya. Jika Anda tidak bersemangat, fikir bagaimana nak selesaikannya. Fikir bagaimana nak jadi bersemangat.

Memfokus fikiran pada penyelesaian akan membuat Anda bersemangat sedikit sebab Anda nampak jalan keluar dari stress yang Anda alami. Anda akan rasa sedikit lega. Ada harapan untuk menyelesaikan kerumitan yang Anda alami.