Saya yakin, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meminta
maaf. Tak kiralah minta maaf kepada kekasih, kawan/sahabat/teman, suami/isteri,
ibu-bapa, adik-beradik, atau sesiapa sajalah... Mungkin cara yang paling mudah
untuk meminta maaf adalah dengan hanya menghantar SMS. Kalau nak cara yang
lebih 'gentle' sikit, adalah dengan bersemuka 'face to face' dan cakap 'direct'
saja nak minta maaf. Tapi kalau nak minta maaf dan mengakui kesalahan dengan
cara 'direct' nih, tentu kita akan rasa malukan?
Oklah, dibawah ini, saya senaraikan beberapa
tips yang berguna untuk sesiapa yang agak sukar untuk meminta maaf dan mengakui
kesalahan.
Langkah-langkah:
1. Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda
mahu dimaafkan.
2. Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur
idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.
3. Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda
merasa selesa dengannya.
4. Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
5. Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
6. Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi -
elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut
kata-kata yang sia-sia.
7. Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa
mempertahankan diri.
8. Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.
9. Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf,
lupakannya dan biarkan ia berlalu.
Panduan-panduan:
* Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen
terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
* Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda
benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata
untuk menjernihkan suasana.
* Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya
- jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa
anda meminta maaf.
Bagaimana
'Maaf' Dalam Pandangan Islam?
Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Kesalahan, kekhilafan
adalah fitrah yang melekat pada diri manusia.
Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan
kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera
bertaubat kepada Allah SWT".
Ini bererti bahwa manusia yang baik bukan orang yang tidak
pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum
(sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia
yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu
memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa
(muttaqin).
Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan
dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang
disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Yaitu orang-orang yang menafkahkan
hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya
dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat
kebajikan."
(QS. Al-Imran: 133-134).
Ibnu Qudamah dalam Minhaju Qashidin menjelaskan bahawa makna
memberi maaf di sini ialah sebenarnya engkau mempunyai hak, tetapi engkau
melepaskannya, tidak menuntut qishash atasnya atau denda kepadanya. Quraish
Shihab dalam Membumikan Al-Quran menjelaskan: Kata maaf berasal dari bahasa
Al-Quran alafwu yang berarti "menghapus", iaitu yang memaafkan
menghapus bekas-bekas luka di hatinya. Bukanlah memaafkan namanya, apabila
masih ada tersisa bekas luka itu didalam hati, bila masih ada dendam yang membara.
Boleh jadi, ketika itu apa yang dilakukan masih dalam tahap
"masih menahan amarah". Usahakanlah untuk menghilangkan noda-noda
itu, sebab dengan begitu kita baru boleh dikatakan telah memaafkan orang lain.
Islam mengajak manusia untuk saling memaafkan. Dan memberikan posisi tinggi
bagi pemberi maaf. Kerana sifat pemaaf merupakan sebahagian dari akhlak yang
sangat luhur, yang harus di ikuti bagi seorang Muslim yang bertakwa.
Allah swt berfirman: "...Maka barang siapa yang memaafkan
dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah."
(Q.S.Asy-Syura : 40).
Dari Uqbah bin Amir, dia berkata:
"Rasulullah SAW bersabda, "wahai Uqbah, bagaimana jika
ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling
utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang
memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu
memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu."
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).
Al-Quran memang menetapkan, bahawa seseorang yang diperlakukan
secara zalim diizinkan untuk membela diri tapi bukan didasarkan balas dendam.
Pembelaan diri dilakukan dengan penuh simpati seraya menunjukan perangai yang
luhur, bersabar, memaafkan dan toleran. Ketika Matsah yang dibiayai hidupnya
oleh Abu Bakar menyebarkan gosip yang menyangkut kehormatan puterinya, Aisyah
yang juga isteri Nabi.
Abu Bakar bersumpah tidak akan membiayainya lagi. Tapi, Allah
melarangnya sambil menganjurkan untuk memberikan maaf dan berlapang dada.
(Q.S. an-Nur : 22). Dari ayat ini ternyata ada tingkatan yang
lebih tinggi dari alafwu (maaf), aitu alshafhu. Kata ini pada mulanya bererti
kelapangan. Darinya dibentuk kata shafhat yang bererti lembaran atau halaman,
serta mushafahat yang bererti berjabat tangan. Seorang yang melakukan alshafhu
seperti anjuran ayat diatas, dituntut untuk melapangkan dadanya sehingga mampu
menampung segala ketersinggungan serta dapat pula menutup lembaran lama dan
membuka lembaran baru.
AlShafhu yang digambarkan dalam bentuk jabat tangan itu, menurut
Al-Raghib al-Asfahaniy "lebih tinggi nilainya" dari pada memaafkan.
Dalam alshafhu dituntut untuk membuka kembali lembaran baru dan menutup
lembaran lama." Let’s gone be by gone (yang lalu biarlah berlalu)
bangunkan kembali masa depan dengan semangat yang baru. Kita selalu lupa, hanya
kerana kesalahan yang telah dibuat orang lain, kita melupakan semua kebaikan
yang pernah dibuatnya. Untuk itu, kita juga harus memperlakukan semuanya secara
seimbang.
Yang terbaik buat kita hari ini adalah bersama-sama bangun
kembali dengan semangat baru, ketulusan hati dan semangat persaudaraan. Jangan
ada yang berkata: "Tiada maaf bagimu". Ahli hikmah mengatakan:
Ingatlah dua hal dan lupakanlah dua hal. Lupakanlah kebaikanmu kepada orang
lain dan lupakanlah kesalahan orang lain kepadamu.
Wallahu a’lam...
Inilah serba sedikit ilmu mengenai MAAF... nak minta maaf,
bila-bila masa pun boleh kan? Tak semestinya nak kena tunggu Hari Raya...
semoga ilmu yang ada ni memberi manfaat kepada diri saya dan sesiapa yang
membacanya..
No comments:
Post a Comment