Stress adalah perasaan tertekan. Kenapa Anda tertekan?
Sebab Anda tidak dapat apa yang Anda mahu. Sebab
lain, sesuatu yang Anda tidak pinta, tidak mahu dan tidak ingin telah terjadi
ke atas Anda kemudian terasa susah untuk keluar darinya, misalnya masalah.
Bagaimana
untuk membina anti stress.
Bila difikirkan anti stress, Anda akan dapat
lebih banyak stress. Semakin banyak memikirkan tentang ubat, semakin banyak
timbul penyakit. Sebab? Sesuatu akan
menarik sesuatu yang lain yang serupa dengannya. Fikir stress, Anda akan dapat
lebih banyak stress. Begitu juga dengan berfikir mengenai anti stress, sebab
Anda berada dalam keadaan memerangi stress. Anda lawan stress. Kesannya Anda
akan dapat lebih banyak stress sebab di fikiran Anda wujud stress, bukan
ketenangan.
Lupakan
pasal anti stress. Sebaliknya binalah ketenangan dan nikmati ketenangan itu.
Dengarlah lagu-lagu yang mendamaikan jiwa, yang
tenang dan yang menghiburkan. Elak dengar lagu bernada sedih, kecewa, putus asa
atau hampa. Anda akan merasa sedih, kecewa, putus asa dan hampa juga serupa dengan
apa yang Anda dengari. Perkataan-perkatan berisi emosi hampa akan membangkitkan
emosi hampa di hati Anda, sebab itulah Anda hampa.
Pergilah berjalan-jalan di taman, di pantai atau
ke mana saja yang Anda rasa Anda boleh beroleh ketenangan. Ketika disitu,
fokuslah untuk merasai ketenangan. Lupakan habis pasal stress. Tujuan utama
Anda adalah untuk mencari ketenangan, rasainya, simpan lalu nikmati supaya Anda
mendapat kekuatan.
Ketika Anda sedang berada dalam situasi yang
penuh stress, sibuk dan penuh kelam-kabut, caranya tenangkan diri. Bila sudah
tenang, tenangkan lagi diri Anda, lebih tenang dari yang tadi. Inilah cara yang
bagus digunakan untuk mengharungi situasi penuh stress.
Bila Anda merasa tertekan atau sedang stress
memikirkan sesuatu tapi Anda susah nak lupa, fokus pada PENYELESAIAN. Sebagai
contoh, jika Anda stress sebab tidak ada duit, fikir bagaimana nak
selesaikannya. Jika Anda tidak bersemangat, fikir bagaimana nak selesaikannya.
Fikir bagaimana nak jadi bersemangat.
Memfokus fikiran pada penyelesaian akan membuat
Anda bersemangat sedikit sebab Anda nampak jalan keluar dari stress yang Anda
alami. Anda akan rasa sedikit lega. Ada harapan untuk menyelesaikan kerumitan
yang Anda alami.
No comments:
Post a Comment