Untuk berjaya dalam pelajaran, Anda perlukan
lebih dari sekadar kerajinan.
Anda perlukan kekuatan hafalan, ketahanan melawan nafsu, stamina
mental, matlamat hidup.
Seorang pelajar tugasnya adalah untuk memahami
pelajaran kemudian mengingatinya. Sebab apa nak ingat? Sebab Anda akan
menduduki peperiksaan.
Kecemerlangan seorang pelajar di ukur dari keputusan
peperiksaannya.
Ke’genius’an seorang pelajar bergantung pada
keputusan peperiksaannya, tanpa mengira latar belakang keluarganya dan siapa
dirinya.
Untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, Anda kena menjadi
seseorang yang lain daripada yang lain.
Anda kena ada ketahanan melawan nafsu orang
muda, iaitu keinginan mahu bersuka-suka dan bermalas-malasan. Sebagai pelajar,
pasti Anda di kerumuni oleh kawan-kawan.
Kawan-kawan Anda ni pula ada citarasa masing-masing. Ada yang
funky, moden, ada juga yang menggunakan pendekatan simple.
Citara berbeza ini akan mempengaruhi Anda,
kesannya Anda akan jadi terikut-ikut. Lantas, dek terikut-ikut Anda akan keliru
dengan diri sendiri. Anda tidak tahu apa stail yang sesuai dengan Anda.
Satu lagi, Anda akan tergoda dengan sikap orang muda yang suka
ber’enjoy’, berhepi-hepian, leka berhibur dan bersuka-sukaan.
Apabila Anda mahu menjadi pelajar cemerlang,
Anda kena lupakan kenikmatan berenjoy. Anda akan banyak meluangkan masa
mengadap buku, menghafal, membuat latihan.
Menjadi orang berjaya memang banyak cabarannya. Bila Anda mahu
berjaya, Anda perlu bersedia menempuh cabaran-cabaran itu satu persatu,
kesemuanya.
No comments:
Post a Comment