Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah
berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di
pagi hari.
Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk
anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.
Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?
Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut
lakukan di waktu pagi, adalah:
Bersyukur,
bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk
meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik
hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
Tekad
Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat
sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam
seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca
gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia
menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang
hari.
Dekatkan
Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di
TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi
motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah
turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
Dalam
Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah,
moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk,
macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk
kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan
bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut
ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi
cemerlang!
Set
Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama
ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari
tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri
kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur.
Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda
mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda
nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa
soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang
anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari
bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes
anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak
siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang
pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
Lihat
Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi
energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning,
merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia
mampu merubah mood anda menjadi positif.
Penuhkan
Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi,
maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan
yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun
sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat
langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya
nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
No comments:
Post a Comment