Dalam hidup ini kita selalu dihidangkan dengan
cabaran dan dugaan, kadangkala kita akan mudah kecewa dengan apa yang berlaku
keatas kita. Kerap kali kita bersungguhan melakukan sesuatu tetapi kerap juga
kita dikecewakan oleh sebilangan mereka yang rakus dan tidak
berperikemanusiaan.
Tren masa kini ada segelintir dan semakin
bertambah bilangannya yang hanya suka mengambil kesempatan atas kebaikan dan
kejujuran orang lain. Hal ini kerana melalui orang yang ikhlas ini sahaja
segala percaturan dapat dilakukan dengan mudah sekali.
Golongan ini gemar menyalahkan orang lain
sedangkan tidak sedar bahawa diri sedang menggunakan mekanisma bela diri untuk
menyelamatkan maruah dan kelemahan sendiri. Perbuatan ini menggambarkan
golongan ini tidak sedar diri sedang dipengaruhi oleh perasaan sendiri dan
mengambil kesempatan daripada kejujuran orang lain merupakan sesuatu tindakan
yang memalukan dan menghinakan.
Bagi mereka yang kerap berhadapan dengan situasi
ini, tidak perlu untuk bersedih kerana hakikat kita bukan keseorangan.
Sebenarnya ada masanya orang yang menganiaya anda itu akan menerima akibatnya.
Hal ini kerana perbuatan itu sebenarnya melatih diri golongan itu supaya
sentiasa menafikan diri sendiri, menafikan kelemahan diri sendiri. Jika
berlarutan kemungkinan orang itu boleh kehilangan identiti dan dirinya akan
mundur serta tiada peningkatan kendiri. Hal ini boleh merugikan golongan itu
sendiri. Lambat laun ia akan memakan diri hanya masa yang menentukan.
Anda bukan keseorangan, kerana walaupun tiada
sesiapa yang berada untuk mendengar kekecewaan anda. Tetapi ingatlah bahawa
yang maha kuasa sentiasa memerhatikan, yang pasti setiap kejahatan akan singgah
sebagai balasan.
No comments:
Post a Comment