Aku perlu memilih antara dua, cinta atau pelajaran. Memilih cinta
bermakna aku akan mengundang kegagalan sekiranya gagal mengawal diri. Memilih
pelajaran bermakna aku akan dapat mengejar impian menjadi seorang juruterbang.
Memilih kedua-duanya? Bagaimanakah harus aku lakukan dua pekerjaan dalam satu
waktu? Aku tidak mampu. Itulah persoalan yang bermain di benakku sejak
akhir-akhir ini. Wajah Nur sering berulang tayang di fikiran. Malah
kadang-kadang mengganggu tumpuan aku pada proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di dalam kelas. "Ah, mengapakah aku boleh tercampak ke lembah
ini?" getus hati kecil Fakhrul.
Sesekali aku menatap jam di dinding. Pukul 12.30 pagi. Esok aku
mesti ke sekolah seperti biasa. Kalau tidak aku pasti akan ketinggalan dalam
pelajaran. Peperiksaan SPM tinggal dua bulan lagi. Mahu tidak mahu aku mesti
tamatkan ulang kaji supaya aku tidak mengecewakan ibu bapaku. Aku tidak mahu
menjadi anak yang mengecewakan ibu bapa. Aku mesti melakukan sesuatu untuk
menebus kegagalan abnag yang pernah mengecewakan keluarga.
Jam berbunyi sekali. "Pukul satu pagi," getus hati
Fakhrul. Fakhrul mula resah kerana matanya masih belum mahu lena. Dia bangun
lalu menuju ke meja belajarnya. Dia mencapai buku Matematik Tambahan. Buku itu
dibelek berkali-kali. Fakhrul melepaskan nafas lalu menghempaskan tubuhnya ke
katil. Beberapa minit kemudian dia tidak sedar apa yang berlaku.
Sedar sahaja daripada tidur, jam dinding di biliknya menunjukkan
pukul 7.45 pagi. Dia mengosok mata berkali-kali. "Ah, lambat lagi,"
katanya di dalam hati. Antara percaya atau tidak, dia bergegas ke bilik air,
mandi sepantas kilat macam kambing yang takutkan air, ke bilik semula kemudian
mengenakan uniform sekolah. Fakhrul bergegas mencapai basikalnya kemudian
sepantas kilat berkayuh ke sekolah seperti jaguh lumba basikal dalam Le Tour De
Langkawi.
"Asyik, asyik kamu sahaja yang lambat. Kenapa?" tanya
Cikgu Syahran. Fakhrul tidak menjawab pertanyaan itu. Dia duduk di sebelah
Fahim kemudian mengeluarkan buku teks Bahasa Melayu. Cikgu Syahran tercegat di
depan kelas sambil menanti kalau-kalau Fakhrul akan menyatakan sesuatu.
Penantian Cikgu Syahran sia-sia sahaja. Fakhrul bersahaja seolah-olah tiada
apa-apa yang berlaku. Sikap Fakhrul itu membuatkan Cikgu Syahran hilang sabar
dan mengarahkan Fakhrul supaya dia menulis sebanyak 1000 kali perkataan yang
dia 'tidak akan lewat lagi ke sekolah' di atas sekeping kertas dan menyerahkan
setelah tamat waktu persekolahan nanti sebagai denda kerana lewat.
Fakhrul menurut sahaja arahan Cikgu Syahran tanpa sedikit pun
bantahan. Dia malas untuk mengingkari arahan cikgunya itu kerana tahu jika dia
mengingkarinya pasti dia akan dikenakan tindakan yang lagi.
Loceng rehat berdering panjang. Seluruh warga sekolah keluar ke
kantin untuk mengisi perut yang berkeroncong. Fakhrul menguap berkali-kali. Dia
masih di mejanya menyiapkan perkataan "saya tidak akan lewat lagi ke
sekolah" yang ada 999 kali lagi untuk di tulis sambil tersengguk-senguk
menahan ngantuk. "Ehemmm, ehemmm!", Fakhrul tersentak dengan bunyi
deheman yang bergema dari belakangnya.
"Cikgu Nadia!" terpacul keluar nama guru kelasnya itu
dari mulut Fakhrul.
"Kenapa lewat lagi?" tegur Cikgu Nadia sambil tersenyum
seperti kebiasaannya.
Cikgu Nadia terkenal sebagai seorang guru yang lemah-lembut dan
sangat mengambil berat tentang diri
pelajar-pelajarnya. Dia tidak akan marah
secara membabi buta tetapi dia mengambil pendekatan mendekati pelajarnya.
Agaknya sebab ini aku dan pelajar lain senang berbicara dengannya.
Cikgu Nadia bergerak dan duduk di hadapan meja Fakhrul. Perbuatan
Cikgu Nadia itu membuatkan Fakhrul tersentak dari lamunannya. Dia cepat-cepat
mengalihkan tumpuannya kepada pertanyaan Cikgu Nadia tadi.
"Maaf cikgu, saya bangun lambat" jawabku ringkas dan
lemah.
"Tidur pukul berapa malam tadi?"
" Tak tahu. Sedar-sedar sahaja dah pukul 7.00 lebih."
"Lain kali jangan lambat lagi tau," jelas Cikgu Nadia
seperti melontarkan nasihat kepada Fakhrul.
"Jumpa saya lepas waktu sekolah. Ada sesuatu yang hendak saya
katakan," sambung Cikgu Nadia lagi.
Fakhrul bungkam seketika. Fakhrul berfikir kenapa Cikgu Nadia
hendak berjumpa dengannya. Kalau kerana lewat ke sekolah, dia telah memohon
maaf tadi. "Ah, apa yang nak dirunsingkan lebih baik aku ke kantin untuk
mengisi perut yang dah berbunyi-bunyi macam-macam jenis lagu ini," bisik
hati kecil Fakhrul. Dia bangun meninggalkan kelas lalu menuju ke kantin.
Setelah tamat waktu sekolah, Fakhrul pergi berjumpa Cikgu Nadia di
bilik guru seperti yang di arahkan. Cikgu
Nadia mengajak aku ke pondok bacaan
dan duduk di situ. Aku memang gemar ke sini, di sinilah aku menghabiskan masa
bertukar-tukar nota dengan kawan-kawan dan mengulangkaji pelajaran
bersama-sama, tetapi tidak lagi sekarang kerana aku seperti tidak berminat
dengan semua itu lagi.
"Cikgu harap Fakhrul jangan terlalu susah hati," kata
Cikgu Nadia memulakan bicara.
Aku merenung tajam ke arahnya untuk beberapa ketika. "Tahukah
cikgu Nadia aku sedang berperang dengan masalah yang aku cari sendiri?".
Bisikku dalam hati.
"Cikgu juga pernah mempunyai keinginan seperti awak dan
remaja yang lain sewaktu cikgu sebaya dengan awak dahulu sehingga tidak dapat
membezakan mana yang lebih penting, mengejar cita-cita atau cinta dahulu".
"Cikgu juga pernah mengalami perasaan macam awak rasa
sekarang. Namun, setelah beberapa ketika cikgu mula sedar bahawa harapan ibu
bapa dan impian cikgu untuk mengikut jejak langkah orang yang berjaya lebih
utama dalam usia muda dari melayani perasaan yang masih tidak bermatlamat itu.
Malah cikgu merasakan cikgu harus bersama-sama dengannya untuk seiring mengejar
cita-cita." Cikgu Nadia menarik nafas halus. Di hatinya berharap agar
Fakhrul memahaminya dan dapat berfikir dengan sebaiknya.
"Semangat tidak harus luntur, sekadar berhadapan dengan satu
dugaan," katanya dengan penuh bersemangat meneruskan kata-katanya.
Semangatku semakin pulih mendengar kata-kata cikgu Nadia itu.
Fakhrul pula mula menilaikan kedudukan dirinya. Setelah menilai
demikian, dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia sedar, dia belumlah terlambat
untuk membuat pilihan. Dia bertekad untuk membuang perasaan itu jauh-jauh dari
fikiran dan hatinya. Apa yang penting sekarang adalah mengejar impiannya untuk terbang
di awan biru.
"Terima kasih, cikgu!" ucap Fakhrul dengan nada penuh
semangat dan gembira. Cikgu Nadia tersenyum membalas ucapannya itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fakhul bersiap-siap untuk ke sekolah. Jam di dinding masih
menunjukkan pukul 7.00 pagi. Kata-kata cikgu Nadia beberapa hari lalu dijadikan
azimat olehnya untuk membuat perubahan.
"Cita-cita mesti seiring dengan cinta", bisik hati
kecilku. Aku memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Aku
sering bertanya kepada guru jika tidak memahami sesuatu topik yang di ajar.
Cikgu Nadia banyak membantu aku dalam pelajaran. Ketika subjeknya,
cikgu Nadia banyak memberi peluang
kepada aku untuk menjawab soalan yang
diberikan. Kadang-kadang, cikgu Nadia akan membahagikan aku dan rakan-rakan di
dalam kelas kepada beberapa kumpulan. Aku berasa seronok dengan aktiviti
pembelajaran seperti ini kerana aku dapat berkerjasama dengan rakan-rakan
sambil bertukar-tukar idea.
"Selepas waktu sekolah tunggu cikgu di pondok bacaan,"
kata cikgu Nadia kepada aku dan beberapa rakanku yang lain.
Kami bercadang untuk membuat study group sebagai persiapan untuk
SPM yang bakal menjelang. Ini pun idea cikgu Nadia yang berbesar hati untuk
mengorbankan masanya untuk membantu kami mengulang kaji pelajaran. Kata cikgu
Nadia dengan cara ini kami akan lebih memahami sesuatu topik dengan lebih
berkesan. Pelajar yang lebih bijak boleh membantu pelajar yang lemah.
Kata-kata semangat juga sering diucapkan oleh cikgu Nadia kepada
aku dan rakan-rakan di dalam kelas setiap kali sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Teringat aku antara salah satu kata-kata
cikgu Nadia yang kata cikgu dipetik dari kata-kata HAMKA, seorang nasionalis
dan ahli akademik yang patut dijadikan role-model dalam kehidupan;
"Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak
pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak
pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama
kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah
yang kedua".
Fakhrul merenung ke kalendar yang berada di atas meja biliknya.
Tarikh SPM tinggal 15 hari lagi. Fakhrul bersemangat untuk mengejar
cita-citanya. Dia tidak lagi memikirkan tentang perasaannya pada Nur tetapi dia
lebih selesa menjadikan Nur sebagai rakan belajar. Kedengaran lirik lagu See U
Di IPT nyanyian kumpulan UNIC di putarkan di radio;
Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu
Sepucuk surat ku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan
Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan
Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You D IPT
Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan
Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman
Andai kau kembali ku temui
Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT
Lagu itu makin menyuntik semangat dirinya untuk berjaya.
"Ya, akan aku buktikan! See U Di IPT!", bisik hati
Fakhrul sambil tersenyum.
ada cam tempias dari cerita "see U D ipt" jee .. hehe.. lakonan kumpulan UNIC tu mmg best .. tambah2 lg fitri tu .. saya ni mmg peminat giler lha UNIC ni .. n lagu tu pun best gak ..
ReplyDelete^_^`
Delete