Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak
mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis
iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang
positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk
melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi
mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat
petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 :
37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir
sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perubahan yang
lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk
melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang penuh
berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan
bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini,
bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya
Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita,
janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri
kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat
kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari
orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke
syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri
ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya
dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri
kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang
dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak
penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti
melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu,
kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi
senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang
ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu
taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman
kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.
No comments:
Post a Comment