Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh
belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin
dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara,
juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad
dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang
lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya
saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak
diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi
menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu
memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara
utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna
pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan
tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada
suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau
dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar
perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri,
kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard
yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki
juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror
boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah
jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang
jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan
memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang
kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab
takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan
isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat
memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan
mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh
belajar, apa salahnya lelaki!
No comments:
Post a Comment